Valery Chkalov
Valery Pavlovich Chkalov | |
---|---|
Valery Chkalov pada tahun 1937 | |
Kelahiran | (1904-02-02)2 Februari 1904 Vasilyevo, Empayar Rusia |
Meninggal dunia | 15 Disember 1938(1938-12-15) (umur 34) Moscow, Kesatuan Soviet |
Anugerah | Wira Kesatuan Soviet, Darjah Lenin
|
Valery Pavlovich Chkalov (Bahasa Rusia: Валерий Павлович Чкаловcode: ru is deprecated ; Februari 2, 1904 – Disember 15, 1938) adalah juruterbang penguji dan Wira Soviet Union (1936)[1].
Biografi singkat
Chkalov dilahirkan di Chkalovsk, Rusia, dekat bandar Nizhny Novgorod. Ayahnya pengawas boiler, ibunya meninggal apabila Valery berusia 6 tahun. Chkalov belajar di sekolah teknik di Cherepovets tetapi lebih kemudian balik ke tempat lahir dan bekerja sebagai pembantu ayahnya. Dia melihat kapal terbang untuk kali pertama pada tahun 1919 dan mengambil keputusan masuk Angkatan Udara Tentera Merah. Dia dilatih sebagai juruterbang dan selepas tamat pengajiannya pada tahun 1924 masuk skuadron pejuang. Chkalov berkahwin Olga Orekhova, seorang guru sekolah dari Leningrad pada tahun 1927. Pada awal tahun 1930-an dia menjadi juruterbang penguji[2].
Pencapaian
Chkalov mencapai beberapa kejayaan dalam bidang penerbangan. Pada tahun 1936 dan 1937 dia mengikuti beberapa penerbangan ultra panjang termasuk penerbangan 63 jam dari Moscow, Soviet Union ke Vancouver, Washington, Amerika Syarikat melalui Kutub Utara memandu kapal terbang Tupolev ANT-25 (Jun 18–20, 1937), jarak non-stop 8811km. Penerbangan itu merintas laluan penerbangan melalui kawasan polar dari Europah ke Pantai Pasifik Amerika[3].
Kematian
Chkalov meninggal pada 15 Disember 1938 waktu menguji prototaip pejuang Polikarpov I-180. Abu jenazahnya dimakamkan dalam Tembok Kremlin.
Kenangan
- Kampung Vasilyevo di mana Chkalov dilahirkan menjadi kini Bandar Chkalovsk.
- Bandar Orenburg diberi nama Chkalov pada tahun 1938-1957.
- Di beberapa bandar Rusia ada jalan bernama Chkalov. Sebuah jalan di Vancouver, Washington diberi nama Chkalov pada tahun 1970-an[4].
- Di LRT Moscow, Saint Petersburg dan Yekaterinburg ada stesen dinamakan bersempena nama Chkalov.
Rujukan
Bacaan tambahan
- Baĭdukov, G., Over the North Pole. New York City: Harcourt, Brace and Company], 1938.