Undang-undang Dasar Hong Kong

Undang-undang Dasar Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China
اوندڠ٢ داسر ولايه ڤنتدبيرن خاص هوڠ کوڠ ريڤوبليق رعيت چينا
Jangkauan wilayah
Hong Kong
Tarikh diluluskan
4 April 1990 (1990-04-04)
Tarikh kuat kuasa
1 Julai 1997 (1997-07-01)
Undang-undang Dasar Hong Kong
Bahasa Cina香港基本法code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinXiānggǎng Jīběnfǎ
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian YaleHēung góng gēi bún faat
JyutpingHoeng1 gong2 gei1 bun2 faat3
Undang-undang Dasar Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China
Tulisan Cina Tradisional中華人民共和國香港特別行政區基本法code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas中华人民共和国香港特别行政区基本法code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinZhōnghúa Rénmín Gònghéguó Xiānggǎng Tèbié Xíngzhèngqū Jīběnfǎ
[Mengenai audio iniListen (bantuan·maklumat)]
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian YaleJūng wàh yàhn màhn guhn gwòh gwok Hēung góng dahk biht hàhng jing kēui gēi bún faat
JyutpingZung1 waa4 jan4 man4 gung6 wo4 gwok3 Hoeng1 gong2 dak6 bit6 hang4 zing3 keoi1 gei1 bun2 faat3

Undang-undang Dasar Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China, atau lebih dikenali sebagai Undang-undang Dasar Hong Kong ialah undang-undang negara China yang bertindak sebagai perlembagaan pada hakikatnya bagi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.[1] Terdiri daripada sembilan bab, 160 perkara dan tiga tambahan, undang-undang dasar tersebut digubal di bawah Perlembagaan China bagi melaksanakan Pengisytiharan Bersama China-British.[2]:91

Undang-undang Dasar Hong Kong diterima pakai oleh Kongres Rakyat Kebangsaan pada 4 April 1990 dan berkuat kuasa pada 1 Julai 1997 di Hong Kong apabila pentadbiran Hong Kong diserahkan kepada China oleh United Kingdom. Ia menggantikan perlembagaan penjajah Hong Kong bagi Surat Paten dan Arahan Diraja.[3]

Pengisytiharan Bersama China-British ditandatangani di antara pemerintah China dan kerajaan British pada 19 Disember 1984 yang menghendaki supaya undang-undang dasar dibuat. Digubal pada asas pengisytiharan, Undang-undang Dasar tersebut menetapkan dasar-dasar asas China terhadap Hong Kong, termasuklah prinsip "satu negara, dua sistem" di mana sistem-sistem tadbir urus dan iktisad yang diamalkan di tanah besar China tidak diperluas ke Hong Kong. Sebaliknya, Hong Kong akan terus mengguna pakai sistem dan cara hidup kapitalis sehingga tahun 2047.[4] Undang-undang Dasar itu turut menetapkan sumber-sumber undang-undang, hubungan di antara Hong Kong dan pemerintah pusat China, hak-hak dan kewajipan-kewajipan asas penduduk Hong Kong dan cabang-cabang pemerintah tempatan.

Rujukan

  1. ^ Lim, C.L.; Chan, Johannes (2015). "Autonomy and Central-Local Relations". Dalam Chan, Johannes; Lim, C.L. (penyunting). Law of the Hong Kong Constitution (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Sweet & Maxwell. m/s. 55. ISBN 978-9-626-61673-4.
  2. ^ Lo, Stefan H. C.; Cheng, Kevin Kwok-yin; Chui, Wing Hong (2020). "Sources of Law". The Hong Kong Legal System (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hong Kong: Cambridge University Press. m/s. 90–136. doi:10.1017/9781108634687. ISBN 9781108721820.
  3. ^ Chan, Johannes (2015). "From Colony to Special Administrative Region". Dalam Chan, Johannes; Lim, C.L. (penyunting). Law of the Hong Kong Constitution (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Sweet & Maxwell. m/s. 9. ISBN 978-9-626-61673-4.
  4. ^ "The Basic Law of the Hong Kong Special Administrative Region of the People's Republic of China - Chapter V Economy" (dalam bahasa Inggeris). The Basic Law. Dicapai pada 4 Julai 2020.

Pautan luar

  • Karya berkenaan Undang-undang Dasar Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China di Wikisumber
  • Undang-undang Dasar di laman sesawang pemerintah Hong Kong
  • Teks penuh Undang-undang Dasar
Portal:
  • dacing Undang-undang
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Australia