Suomenlinna

Suomenlinna
Sveaborg
Pandangan udara Suomenlinna
LokasiHelsinki, Finland
Koordinat60°08′37″N 24°59′04″E / 60.14361°N 24.98444°E / 60.14361; 24.98444Koordinat: 60°08′37″N 24°59′04″E / 60.14361°N 24.98444°E / 60.14361; 24.98444
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Nama rasmi: Kubu Suomenlinna
JenisBudaya
Kriteriaiv
Direka bentuk pada1991 (sesi ke-15)
No. Rujukan583
State PartyFinland
RegionEropah dan Amerika Utara

Suomenlinna (bahasa Finland - "istana Finland"; Viapori sehingga 1918) atau Sveaborg (bahasa Sweden), ialah sebuah kubu laut berpenduduk yang dibina di lapan pulau sekitar 4 km tenggara pusat bandar Helsinki, ibu negara Finland. Ia suatu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang popular dalam kalangan pelancong mahupun orang tempatan sebagai suatu tapak berkelah yang cantik.

Kubu ini mula dibina Kerajaan Sweden pada 1748 sebagai benteng pertahanan hasil tindak balas cubaan peluasan kuasa Empayar Rusia. Tanggungjawab umum bagi kerja perkubuan diberi kepada Augustin Ehrensvärd. Rancangan asal kubu katlum dipengaruhi kuat oleh idea Vauban, jurutera tentera terpenting pada masa itu, dan prinsip gaya kubu bintang perkubuan, walaupun disesuaikan dengan sekumpulan pulau berbatuan. Semasa Perang Finland, Sweden menyerahkan kubu ke Russia pada 3 Mei 1808, membuka jalan untuk penjajahan Finland oleh angkatan bersenjata Rusia pada 1809, dan akhirnya penyerahan Finland ke Russia berakhir perang tersebut. Rusia memegang kubu hingga kemerdekaan Finland pada 1918. Finland kemudian mengurus Suomenlinna melalui Jabatan Pertahanan hingga mengubah kebanyakannya kepada kawalan awam pada 1973.

Geografi

Peta "Sveaborg" tahun 1790-an

Kubu ini dibina merangkumi segugus lapan buah pulau utama:

  • Susisaari (Vargö),
  • Susiluoto (Vargskär),
  • Iso Mustasaari (Stora Östersvartö), pulau terbesar[1]
  • Pikku Mustasaari (Lilla Östersvartö),
  • Länsi Mustasaari (Västersvartö),
  • Särkkä (Långören),
  • Lonna (Lonnan)
  • Pormestarinluodot (Borgmästargrundet)

Hampir semua pulau kecuali Särkkä, Lonna dan Pormestarinluodot saling dihubungkan antara satu sama lain melalui jambatan membentuk suatu daratan besar diberi nama Gustavssvärd atau Kustaanmiekka. Secara keseluruhannya, kelompok kubu ini meliputi kawasan seluas 80 hektar atau 0.8 km persegi.

Lihat juga

  • Krepost Sveaborg
  • Senarai istana kota di Finland
  • Senarai perkubuan
  • Muzium Tentera Manege
  • Gereja Suomenlinna
  • Walhalla-orden

Sumber

Rujukan

  1. ^ "Bastioni­linnoitus kuudella saarella". Suomenlinna.fi. (dalam bahasa Finland). Dicapai pada 13 Mac 2020. Saarista suurin on Iso Mustasaari. soft hyphen character in |title= at position 9 (bantuan)

Bibliografi

  • Mattila, Tapani (1983). Meri maamme turvana [Sea safeguarding our country] (dalam bahasa Finnish). Jyväskylä: K. J. Gummerus Osakeyhtiö. ISBN 951-99487-0-8.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

  • Suomenlinna official site
  • Suomenlinna Historical Society Official Site Diarkibkan 2020-08-14 di Wayback Machine
  • Photographs from Suomenlinna
  • Fortifications of Suomenlinna
  • More information on Suomenlinna
  • Panoramic view of the King's Gate in Suomenlinna
  • Sveaborg at Northern Fortress
  • Suomenlinna Video
  • Picturesque walking tour at Suomenlinna
  • Video of driving through the Suomenlinna service tunnel di YouTube
  • Link to satellite imagery of fortifications at Suomenlinna, via Google
  • The Association of Castles and Museums around the Baltic Sea

Templat:Helsinki Templat:World Heritage Sites in Finland Templat:Islands in the Baltic Sea Templat:Finnish castles Templat:Helsinki Cityscape