Stadium Olimpik
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Stadium Olimpik ialah nama yang lazimnya diberikan kepada stadium utama yang menganjurkan Sukan Olimpik. Stadium-stadium ini biasanya juga akan menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan. Kebanyakan stadium ini (tetapi bukan semua) mempunyai perkataan Stadium Olimpik dalam nama mereka, seperti stadium di Amsterdam, Berlin, Helsinki dan Paris. Sebuah stadium pelbagai guna yang pernah menganjurkan acara Olimpik juga boleh dinamakan Stadium Olimpik.[1]
Dalam Sukan Olimpik Musim Panas, pertandingan olahraga dan perlawanan akhir bola sepak biasanya akan diadakan di Stadium Olimpik. Pengecualian terhadap tradisi ini pernah berlaku dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1900, 1996 dan 2016 serta Sukan Olimpik Remaja 2010 dan 2018. Edisi-edisi awal Sukan Olimpik Musim Sejuk biasanya menjadikan tempat pertandingan luncur ais berbunga sebagai stadium utama dan stadium tersebut biasanya akan dikenali sebagai Stadium Olimpik serta menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan.
Beberapa stadium telah menganjurkan lebih daripada satu Sukan Olimpik. Misalnya, Lysgårdsbakken merupakan stadium utama bagi satu edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk dan satu edisi Sukan Olimpik Remaja (YOG) Musim Sejuk. Bergiselschanze pula menganjurkan dua edisi Musim Sejuk dan satu YOG Musim Sejuk. Olympiahalle telah berkongsi peranan Stadium Olimpik bersama dengan Bergiselschanze semasa kedua-dua edisi Sukan Olimpik, tetapi bukan semasa YOG Musim Sejuk. Hanya stau stadium, Los Angeles Memorial Coliseum, pernah menjadi stadium utama bagi dua Sukan Olimpik Musim Panas (dan akan menganjurkannya buat kali ketiga pada 2028). Selain daripada menganjurkan Sukan Olimpik yang pertama, Panathinaiko Stadio juga pernah menganjurkan satu-satunya edisi Sukan Bersilang (Intercalated Games). Stadium Nasional di Tokyo merupakan stadium utama semasa Sukan Olimpik 1964 (edisi pertama Asia), stadium tersebut juga merupakan stadium utama semasa Sukan Olimpik 2020, namun kerajaan Jepun telah memutuskan untuk merobohkannya dan membina satu stadium yang baharu. Stadium Nasional Beijing merupakan stadium pertama yang menganjurkan edisi Musim Panas dan Musim Sejuk.
Beberapa stadium, termasuklah Panathinaiko Stadio, telah menganjurkan acara lain dalam Sukan Olimpik yang seterusnya. Sukan Olimpik 2012 tidak dibuka dan ditutup di Stadium Wembley yang pernah mengadakan Sukan Olimpik 1948, namun stadium itu telah mengadakan beberapa perlawanan bola sepak semasa temasya tersebut. Begitu juga dengan Melbourne Cricket Ground, yang merupakan stadium utama semasa edisi 1956, dan kemudiannya menganjurkan perlawanan bola sepak semasa Sydney 2000. Stadium Olimpik 1932 Lake Placid telah menganjurkan acara luncur laju semasa 1980. Olympiahalle telah menganjurkan acara luncur ais berbungan dan luncur laju balapan pendek semasa YOG Musim Sejuk 2012. Stadium Olimpik Stockholm telah mengadakan acara ekuestrian bagi Sukan Olimpik 1956 (semasa edisi 1956 diadakan di Melbourne, Australia, sekatan kuarantin yang dilaksanakan menghalangkan acara ekuestrian daripada dianjurkan di situ, oleh itu Stockholm, Sweden telah menganjurkan pertandingan ekuestrian 1956).
Stadium
Imej | Edisi | Musim | Stadium | Nama tempatan | Bandar | Negara | Baharu/lama | Kapasiti | Sedia ada? |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1896 | Musim Panas | Stadium Panathinaiko | Παναθηναϊκό στάδιο | Athens | Yunani | Sedia ada | 80,000 | Ya | |
1900 | Velodrom Vincennes (Upacara) | Vélodrome de Vincennes | Paris | Perancis | 50,000 | Ya | |||
Stadium Croix-Catelan (Olahraga) | Stade Croix-Catelan | Tidak | |||||||
1904 | Padang Francis | Francis Field | St. Louis | Amerika Syarikat | Baharu | 19,000 | Ya | ||
Sukan Bersilang 1906 | Stadium Panathinaiko | Παναθηναϊκό στάδιο | Athens | Yunani | Sedia ada | 80,000 | Ya | ||
1908 | Stadium White City | White City Stadium | London | United Kingdom | Baharu | 68,000 | Tidak | ||
1912 | Stadium Olimpik | Stockholms Olympiastadion | Stockholm | Sweden | Baharu | 20,000 | Ya | ||
1920 | Stadium Olimpik | Olympisch Stadion | Antwerp | Belgium | Baharu | 12,771 | Ya | ||
1924 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik | Stade Olympique de Chamonix | Chamonix | Perancis | Baharu | 45,000 | Ya | |
1924 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Stade Olympique Yves-du-Manoir | Paris | Sedia ada | 45,000 | Ya | ||
1928 | Musim Sejuk | Gelanggang Ais Olimpik St. Moritz | Badrutts Park | St. Moritz | Switzerland | Baharu | 4,000 | Ya | |
1928 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Olympisch Stadion | Amsterdam | Belanda | Sedia ada, diubah suai | 31,600 | Ya | |
1932 | Musim Sejuk | James B. Sheffield Olympic Skating Rink | Lake Placid | Amerika Syarikat | Baharu | 7,500 | Ya | ||
1932 | Musim Panas | Los Angeles Memorial Coliseum | Los Angeles | Sedia ada, diluaskan | 101,574 | Ya | |||
1936 | Musim Sejuk | Große Olympiaschanze | Garmisch-Partenkirchen | Jerman | Sedia ada | 40,000 | Ya | ||
1936 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Olympiastadion | Berlin | Baharu | 110,000 | Ya | ||
1948 | Musim Sejuk | Gelanggang Ais Olimpik St. Moritz | Badrutts Park | St. Moritz | Switzerland | Sedia ada | 4,000 | Ya | |
1948 | Musim Panas | Stadium Wembley | Wembley Stadium | London | United Kingdom | Sedia ada | 82,000 | Tidak (digantikan) | |
1952 | Musim Sejuk | Stadium Bislett | Bislett stadion | Oslo | Norway | Sedia ada | 20,000 | Tidak (digantikan) | |
1952 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Olympiastadion | Helsinki | Finland | Sedia ada | 70,000 | Ya | |
1956 | Musim Sejuk | Stadio Olimpico Del Ghiaccio | Cortina d'Ampezzo | Itali | Sedia ada, diubah suai | 12,000 | Ya | ||
1956 | Musim Panas | Melbourne Cricket Ground | Melbourne | Australia | Sedia ada | 115,000 | Ya | ||
1960 | Musim Sejuk | Arena Blyth | Blyth Arena | Squaw Valley | Amerika Syarikat | Baharu | 8,500 | Tidak | |
Gelanggang Luncur Ais Olimpik Squaw Valley | Sementara | Tidak | |||||||
1960 | Musim Panas | Stadio Olimpico | Rome | Itali | Sedia ada | 90,000 | Ya | ||
1964 | Musim Sejuk | Bergiselschanze (upacara pembukaan) | Innsbruck | Austria | Sedia ada | 26,000 | Ya | ||
Olympiahalle (upacara penutupan) | Baharu | 10,836 | Ya | ||||||
1964 | Musim Panas | Stadium Nasional | 国立競技場 | Tokyo | Jepun | Sedia ada | 71,556 | Tidak (digantikan) | |
1968 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik (upacara pembukaan) | Stade olympique | Grenoble | Perancis | Sementara | 60,000 | Tidak | |
Le Stade de Glace (upacara penutupan) | Baharu | 12,000 | |||||||
1968 | Musim Panas | Estadio Olímpico Universitario | Bandaraya Mexico | Mexico | Sedia ada | 83,700 | |||
1972 | Musim Sejuk | Stadium Terbuka Makomanai (upacara pembukaan) | 真駒内屋外競技場 | Sapporo | Jepun | Baharu | 30,000 | ||
Arena Ais Makomanai (upacara penutupan) | 真駒内屋内競技場 | Baharu | 11,500 | ||||||
1972 | Musim Panas | Olympiastadion | Munich | Jerman Barat | Baharu | 80,000 | Ya | ||
1976 | Musim Sejuk | Bergiselschanze (upacara pembukaan) | Innsbruck | Austria | Sedia ada | 26,000 | Ya | ||
Olympiahalle (upacara penutupan) | Sedia ada | 10,836 | Ya | ||||||
1976 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Stade olympique | Montreal | Kanada | Baharu | 70,000 | Ya | |
1980 | Musim Sejuk | Stadium Ekuestrian Lake Placid (upacara pembukaan) | Lake Placid | Amerika Syarikat | Stadium Sementara di padang ekuestrian yang sedia ada | 30,000 | Tidak | ||
Arena Pusat Olimpik (upacara penutupan) | Baharu | 10,000 | Ya | ||||||
1980 | Musim Panas | Stadium Luzhniki | Большая спортивная арена центрального стадиона имени Ленина | Moscow | Kesatuan Soviet | Sedia ada, diubah suai | 103,000 | Ya | |
1984 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik (upacara pembukaan) | Olimpijski stadion | Sarajevo | Yugoslavia | Sedia ada | 50,000 | Ya | |
Dewan Olimpik Zetra (upacara penutupan) | Olimpijska dvorana Zetra | Baharu | 12,000 | Ya | |||||
1984 | Musim Panas | Los Angeles Memorial Coliseum | Los Angeles | Amerika Syarikat | Sedia ada | 92,516 | Ya | ||
1988 | Musim Sejuk | Stadium McMahon | Calgary | Kanada | Sedia ada, diubah suai | 38,205 | Ya | ||
1988 | Musim Panas | Stadium Olimpik Seoul | 서울올림픽주경기장 | Seoul | Korea Selatan | Sedia ada | 100,000 | Ya | |
1992 | Musim Sejuk | Théâtre des Cérémonies | Albertville | Perancis | Sementara | 35,000 | Tidak | ||
1992 | Musim Panas | Estadi Olímpic Lluís Companys | Estadi Olímpic Lluís Companys | Barcelona | Sepanyol | Sedia ada | 60,713 | Ya | |
1994 | Musim Sejuk | Arena Lompat Ski Lysgårdsbakkene | Lysgårdsbakkene hoppanlegg | Lillehammer | Norway | Baharu | 35,000 | Ya | |
1996 | Musim Panas | Stadium Olimpik Centennial | Atlanta | Amerika Syarikat | 85,000 | Ya (dikonfigurasi semula)[a] | |||
1998 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik Nagano | 長野オリンピックスタジアム | Nagano | Jepun | 30,000 | Ya | ||
2000 | Musim Panas | Stadium Australia | Sydney | Australia | 114,714 | Ya | |||
2002 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik Rice-Eccles | Salt Lake City | Amerika Syarikat | Sedia ada, digantikan | 45,017 | Ya | ||
2004 | Musim Panas | Stadium Olimpik | Ολυμπιακό Κεντρικό Στάδιο Αθήνας "Σπύρος Λούης" | Athens | Yunani | Sedia ada, diubah suai | 72,000 | Ya | |
2006 | Musim Sejuk | Stadio Olimpico di Torino | Turin | Itali | Sedia ada | 28,000 | Ya | ||
2008 | Musim Panas | Beijing National Stadium | 国家体育场 | Beijing | Republik Rakyat China | Baharu | 91,000 | Ya | |
2010 | Musim Sejuk | Stadium BC Place | Vancouver | Kanada | Sedia ada, diubah suai | 54,500 | Ya | ||
YOG 2010 | Musim Panas | Pentas Terapung Teluk Marina | Pentas Terapung Teluk Marina 滨海湾浮动舞台 மரீனா பே மிதக்கும் மேடை (Tamil) | Teluk Marina | Singapura | Sedia ada | 30,000 | Ya | |
YOG 2012 | Musim Sejuk | Bergiselschanze | Innsbruck | Austria | 26,000 | Ya | |||
2012 | Musim Panas | Stadium Olimpik | London | United Kingdom | Baharu | 80,000 | Ya | ||
2014 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik Fisht | Олимпийский стадион | Sochi | Rusia | 40,000 | Ya | ||
YOG 2014 | Musim Panas | Stadium Olimpik | 南京奥林匹克体育中心 | Nanjing | Republik Rakyat China | Sedia ada | 61,443 | Ya | |
YOG 2016 | Musim Sejuk | Arena Lompat Ski Lysgårdsbakkene (upacara pembukaan) | Lysgårdsbakkene hoppanlegg | Lillehammer | Norway | 35,000 | Ya | ||
Dewan Håkons (upacara penutupan) | 11,500 | Ya | |||||||
2016 | Musim Panas | Maracanã Stadium (upacara pembukaan dan penutupan, bola sepak) | Estádio do Maracanã | Rio de Janeiro | Brazil | 74,738 | Ya | ||
Stadium Olimpik João Havelange (olahraga dan bola sepak) | Estádio Olímpico João Havelange | Sedia ada, diluaskan | 60,000[2] | Ya | |||||
2018 | Musim Sejuk | Stadium Olimpik Pyeongchang | 평창 올림픽 스타디움 | Pyeongchang | Korea Selatan | Sementara | 35,000 | Tidak | |
YOG 2018 | Musim Panas | Obelisco de Buenos Aires (upacara pembukaan) | Obelisco de Buenos Aires | Buenos Aires | Argentina | Sedia ada, Sementara | N/A | Ya | |
Kampung Olimpik Remaja Buenos Aires (upacara penutupan)[3] | Sedia ada, diluaskan | 15,500 | Ya | ||||||
YOG 2020 | Musim Sejuk | Arena Vaudoise | Vaudoise Aréna | Lausanne | Switzerland | Baharu | 9,600 | Ya | |
2020 | Musim Panas | Stadium Nasional Jepun | 国立競技場 (nama tentatif) | Tokyo | Jepun | Sedia ada, digantikan | 68,000 | Ya | |
2022 | Musim Sejuk | Stadium Nasional Beijing | 国家体育场 | Beijing | Republik Rakyat China | Sedia ada | 80,000 | Ya | |
2024 | Musim Panas | Sungai Seine (upacara pembukaan) | Paris | Perancis | Sementara | 600,000 | Ya | ||
Jardins du Trocadéro (upacara penutupan) | N/A | Ya | |||||||
Stade de France (Olahraga, ragbi bertujuh) | Sedia ada | 77,083 | Ya | ||||||
YOG 2024 | Musim Sejuk | Stadium Lompat Ski Alpensia (upacara pembukaan) | SCJ 올림픽 스타디움 | Gangwon | Korea Selatan | Sedia ada, digantikan | 8,500 | Ya | |
SCJ Stadium Olimpik (upacara penutupan) | Baharu | ||||||||
2026 | Musim Sejuk | San Siro (upacara pembukaan) | Milan | Itali | Sedia ada | 75,923 | Ya | ||
Arena Verona (upacara penutupan) | Verona | 15,000 | Ya | ||||||
YOG 2026 | Musim Panas | Stadium Olimpik Diamniadio | Stade olympique de Diamniadio | Dakar | Senegal | Baharu | 50,000 | Ya | |
2028 | Musim Panas | Los Angeles Memorial Coliseum (upacara penutupan, olahraga) | Los Angeles | Amerika Syarikat | Sedia ada, diubah suai | 60,000 | Ya | ||
Stadium SoFi†[›] (upacara pembukaan, bola sepak) | Inglewood, California | Sedia ada | 70,240-100,240 | Ya | |||||
2032 | Musim Panas | Brisbane Cricket Ground | Brisbane | Australia | Sedia ada, digantikan | 50,000 | Ya |
- Nota
- ^ Selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1996, Stadium Olimpik Centennial telah dikonfigurasi semula kepada Padang Turner sebagai gelanggang rumah pasukan Atlanta Braves dalam Major League Baseball dari 1997 hingga 2016, selepas pasukan tersebut berpindah ke Truist Park di kawasan subbandar Cobb County. Pada 2017, Universiti Negeri Georgia membeli Padang Turner dan kawasan parkir di sekitarnya untuk mengkonfigurasi semula stadium tersebut buat kali kedua menjadi Center Parc Stadium bagi pasukan bola sepak Amerika universiti tersebut.
^ †: Di bawah dasar IOC terkini, hak penamaan bagi syarikat yang bukan merupakan penaja temasya adalah dilarang semasa Sukan Olimpik dijalankan.[4]
Rujukan
- ^ Olympic Stadium (dalam bahasa Rusia) Diarkibkan 13 Mac 2014 di Wayback Machine. Big Olympic Encyclopedia. Moscow 2006.
- ^ "João Havelange Olympic Stadium". Rio 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2016. Dicapai pada 15 Januari 2016.
- ^ "El gobierno porteño gastará $15 millones en la Ceremonia de Clausura de los Juegos Olímpicos de la Juventud". Revista Qué. 25 Jun 2018. Dicapai pada 9 Julai 2018.
- ^ Murphy, Bill, Jr. (4 Februari 2018). "United Airlines Spent $69 Million on This Stadium Naming Deal, But They're Not Getting This 1 Important Thing". Inc. Dicapai pada 17 September 2019.
Pautan luar
- Olympic Past and Future Stadiums - BALLPARKS.com
- Musim Panas Stadium Olimpiks (Stadia) 1896 - (2020) on Google Maps (select "Sat View")