Sambal belacan
Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.[1]
Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.[2]
Resepi sambal belacan
- Cili Besar
- Cili Padi
- Buah Tomato
- Belacan
- Asam Jawa
- Garam
- Gula
- Limau Nipis
Cara menghasilkan sambal belacan
Tumbuk cili padi dan belacan.Lepas tu masukan Cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.Masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. Air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. Campurkan garam dan gula secukup rasa. Kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.
Cadangan hidangan
Makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun.Tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan.