Rotan mantang

Rotan mantang
Plectocomia elongata
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
(tanpa pangkat):
Monokotiledon
(tanpa pangkat):
Commelinids
Order:
Arecales
Keluarga:
Arecaceae
Subkeluarga:
Calamoideae
Tribus:
Calameae
Genus:
Plectocomia

Rotan mantang (nama saintifik "Plectocomia spp.") merupakan merupakan nama umum bagi rotan dalam genus Plectocomia spp. dalam kategori pokok Rotan.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).

Antara rotan dalam genus Plectocomia spp. adalah:-

  • Plectocomia assamica Griff.
  • Plectocomia billitonensis Becc.
  • Plectocomia bractealis Becc.
  • Plectocomia dransfieldiana D. A. Madulid Rotan mantang ilang
  • Plectocomia elmeri Becc.
  • Plectocomia elongata Mart. ex Blume
  • Plectocomia griggithii Rotan mantang (gunung) (FRENCH : Palmier à rotin de Malacca, Palmier à rotin de Melaka.)
  • Plectocomia himalayana Griff. Rotan Himalaya
  • Plectocomia khasyana Griff.
  • Plectocomia longistigma Madulid
  • Plectocomia lorzingii Madulid
  • Plectocomia macrostachya Kurz
  • Plectocomia microstachys Burret
  • Plectocomia muelleri Rotan mantang paya
  • Plectocomia mulleri Blume Rotan tibu (Sarawak)
  • Plectocomia pierreana Becc.
  • Plectocomia pygmaea Madulid[1]

Taburan

Rotan mantang banyak terdapat di Pahang, dan Johor.

Kegunaan perdagangan

Ia biasanya digunakan sebagai pengganti murah bagi gred malau dalam industri perabut rotan.

Rujukan

  1. ^ Plectocomia Mart. & Blume J.J.Roemer & J.A.Schultes, Syst. Veg. 7(2): 1333 (1830) This taxon is accepted by World Checklist of Selected Plant Families

Pautan luar

  • 10. NON-WOOD FOREST PRODUCE - STATUS AND TRENDS
  • ROTAN POKOK HUTAN YANG BERNILAI TINGGI
  • Transfer of Technology Models (TOTEMs)
  • CANE PROPERTIES OF CULTIVATED ROTAN MANAU UNDER SECOND GROWTH FORESTS: RELATIONS BETWEEN MATURITY AND STRENGTH.

Rujukan