Richard Fleischer

Richard Fleischer
Fail:RFleischerImage.jpg
Portrait
Kelahiran
Richard O. Fleischer

(1916-12-08)8 Disember 1916
Brooklyn, New York
Meninggal duniaMac 25, 2006(2006-03-25) (umur 89)
Woodland Hills, California
PekerjaanPengarah filem
Tahun aktif1943–1987
PasanganMary Dickson
(1943–kematian Fleischer)

Richard O. Fleischer (8 Disember 1916 – 25 Mac 2006) ialah seorang pengarah filem yang berbangsa Amerika Syarikat.

Kehidupan awal

Fleischer lahir di Brooklyn, sebagai anak kepada Max Fleischer, seorang juruanimasi dan penerbit filem terkenal, dan Essie Goldstein.[1] Beliau mulai menceburi bidang perfileman sebagai pengarah filem animasi ringkas yang diterbitkan oleh bapanya, termasuk siri Betty Boop,Popeye dan Superman.

Pada tahun 1942, beliau mulai menceburi bidang filem aksi sebenar di studio RKO, di mana beliau mengarah filem pendek, dokumentari, dan kompilasi filem bisu yang bertajuk Flicker Flashbacks. Beliau memenangi Anugerah Akademi selaku penerbit filem dokumentari Design for Death (1947) yang dicipta bersama Theodor Geisel (Dr. Seuss), yang berkisarkan kuasa-kuasa kebudayaan yang mendorong peluasan empayar Jepun melalui Perang Dunia Kedua.

Kerjaya

Fleischer mengarah filem cetera pertamanya pada tahun 1946. Filem-filem terawalnya merupakan karya film noir yang mendebarkan seperti Bodyguard (1948), The Clay Pigeon (1949), Follow Me Quietly (1949),Armored Car Robbery (1950), dan The Narrow Margin (1952). Pada tahun 1948, Fleischer juga mengarahkan So This Is New York, sebuah filem komedi sinis yang diadaptasikan dari novel Ring Lardner dan dibintangi Henry Morgan.

Pada tahun 1954, beliau dilantik oleh Walt Disney (bekas pesaing bapanya sebagai penerbit kartun) untuk mengarah 20,000 Leagues Under the Sea yang dibintangi Kirk Douglas. Lama-kelamaan, beliau menjadi terkenal kerana membuat filem cetera besar-besaran yang sering memanfaatkan efek khas seperti Barabbas (1961), Fantastic Voyage (1966), Doctor Dolittle (1967), dan Tora! Tora! Tora! (1970).

Beliau telah mengarah banyak filem aksi dan pengembaraan seperti Violent Saturday (1955), Bandido (1956) yang dibintangi Robert Mitchum, The Vikings (1958), dan Mr. Majestyk (1974). Fleischer turut mengarah sebuah trilogi filem yang berkisarkan pembunuh bersiri terkenal serta bertumpu pada tema capital punishment: Compulsion (1959), The Boston Strangler (1968) dan 10 Rillington Place (1971). Beliau mengarah Soylent Green (1973), sebuah kisah bahana overpopulation dan pencemaran. Ada sesetengah karyanya yang dianggap sebagai berkontroversi dan provokatif, seperti Che! (1969), iaitu biopik Che Guevara, dan melodrama hubungan antara kaum di rantau Selatan Dalam dalam Mandingo (1975).

Fleischer menjadi pengerusi Fleischer Studios, yang kini mengelola pelesenan Betty Boop dan Koko the Clown. Pada Jun 2005, beliau mengeluarkan memoir kerjaya bapanya dalam Out of the Inkwell: Max Fleischer and the Animation Revolution.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pada usia 89 tahun, setelah hampir setahun mengalami masalah kesihatan.

Sebuah autobiografi Fleischer, Just Tell Me When to Cry (1993), mengisahkan pelbagai pancaroba yang dialami beliau bersama para pelakon, penulis dan penerbit.

Filmografi

  • This is America (1943)[2] (siri dokumentari pendek)
  • Flicker Flashbacks (1943) (siri filem pendek)
  • Memo for Joe (1944)
  • Child of Divorce (1946)
  • Design for Death (1947)
  • Banjo (1947)
  • Bodyguard (1948)
  • So This Is New York (1948)
  • Trapped (1949)
  • Make Mine Laughs (1949)
  • Follow Me Quietly (1949)
  • The Clay Pigeon (1949)
  • Armored Car Robbery (1950)
  • His Kind of Woman (1951)
  • The Narrow Margin (1952)
  • The Happy Time (1952)
  • Arena (1953)
  • 20,000 Leagues Under the Sea (1954)
  • Violent Saturday (1955)
  • The Girl in the Red Velvet Swing (1955)
  • Bandido (1956)
  • Between Heaven and Hell (1956)
  • The Vikings (1958)
  • These Thousand Hills (1959)
  • Compulsion (1959)
  • Crack in the Mirror (1960)
  • The Big Gamble (1961)

  • Barabbas (1961)
  • Fantastic Voyage (1966)
  • Doctor Dolittle (1967)
  • Think 20th (1967)
  • The Boston Strangler (1968)
  • Che! (1969)
  • Tora! Tora! Tora! (1970)
  • See No Evil (1971) (@ Blind Terror)
  • The Last Run (1971)
  • 10 Rillington Place (1971)
  • The New Centurions (1972)
  • Soylent Green (1973)
  • The Don Is Dead (1973)
  • Mr. Majestyk (1974)
  • The Spikes Gang (1974)
  • Mandingo (1975)
  • The Incredible Sarah (1976)
  • Crossed Swords (1977) (@ The Prince and the Pauper)
  • Ashanti (1979)
  • The Jazz Singer (1980)
  • Tough Enough (1982)
  • Amityville 3-D (1983)
  • Conan the Destroyer (1984)
  • Red Sonja (1985)
  • Million Dollar Mystery (1987)
  • Call From Space (1989)

Anugerah

Kemenangan
  • Anugerah Akademi: Oscar, Dokumentari Cetera Terbaik, untuk Design for Death (1947); dikongsi bersama: Sid Rogell dan Theron Warth; 1948.
  • Pesta Filem Fantastik Avoriaz, Avoriaz, Perancis: Hadiah Utama, untuk Soylent Green; 1974.
Pencalonan
  • Anugerah Golden Globe: Golden Globe, Pengarah Terbaik, untuk The Happy Time (1952); 1953.
  • Pesta Filem Cannes: Palma Emas, untuk Compulsion; 1959.
  • Kesatuan Pengarah Amerika: Anugerah DGA, Pencapaian Kepengarahan yang Cemerlang dalam Perfileman, untuk The Vikings; 1959.
  • Directors Guild of America: Anugerah DGA, Pencapaian Kepengarahan yang Cemerlang dalam Perfileman, untuk Compulsion; 1960.
  • Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain: Anugerah Filem BAFTA, Filem Terbaik dari Sebarang Sumber, untuk Compulsion; 1960.
  • Fantasporto, Porto, Portugal: Anugerah Filem Fantasi Antarabangsa, Filem Terbaik, untuk Amityville 3-D; 1986.
Pencalonan tanpa diminta
  • Anugerah Razzie: Pengarah Terburuk, untuk The Jazz Singer; dikongsi bersama: Sidney J. Furie; 1981.

Rujukan

  1. ^ Filmreference.com
  2. ^ Goble, Alan. The Complete Index to World Film, since 1885. 2008.Index home page.

Pautan luar