Pyeongwon dari Goguryeo

Pyeongwon dari Goguryeo
Hangul평원왕, 평강(상호)왕code: ko is deprecated
Hanja平原王, 平岡(上好)王code: ko is deprecated
Perumian SemakanPyeongwon-wang, Pyeonggang(sangho)-wang
McCune–ReischauerP'yǒngwǒn-wang, P'yǒnggang(sangho)-wang
Nama lahir
Hangul양성 atau 탕code: ko is deprecated
Hanja陽成 atau 湯code: ko is deprecated
Perumian SemakanYangseong atau Tang
McCune–ReischauerYangsǒng atau Tang
Raja-raja Korea
Goguryeo
  1. Chumo 37–19 SM
  2. Yuri 19 SM–18 M
  3. Daemusin 18–44
  4. Minjung 44–48
  5. Mobon 48–53
  6. Taejodae 53–146
  7. Chadae 146–165
  8. Sindae 165–179
  9. Gogukcheon 179–197
  10. Sansang 197–227
  11. Dongcheon 227–248
  12. Jungcheon 248–270
  13. Seocheon 270–292
  14. Bongsang 292–300
  15. Micheon 300–331
  16. Gogugwon 331–371
  17. Sosurim 371–384
  18. Gogugyang 384–391
  19. Gwanggaeto Agung 391–413
  20. Jangsu 413–490
  21. Munja 491–519
  22. Anjang 519–531
  23. Anwon 531–545
  24. Yangwon 545–559
  25. Pyeongwon 559–590
  26. Yeongyang 590–618
  27. Yeongnyu 618–642
  28. Bojang 642–668
  • l
  • b
  • s

Pyeongwon dari Goguryeo (Jawi: ڤيوڠوون دري ڬوڬوريوcode: ms is deprecated ; memerintah 559–590) ialah raja ke-25 Goguryeo, yang paling utara daripada Tiga Kerajaan Korea. Pyeongwon juga dikenali sebagai 'Pyeonggangsanghowang'. Nama kelahiran baginda ialah Yangseong[1] (walaupun Suishu dan Tangshu menamakannya sebagai Tangseong).

Pemerintahan

Tahun pemerintahan Pyeongwon umumnya disepakati oleh sejarawan, tetapi tahun kelahirannya belum dapat ditentukan dengan pasti. Diketahui bahawa baginda ialah putera sulung Yangwon dari Goguryeo dan menjadi putera mahkota pada tahun 557, dua tahun sebelum memegang kuasa penuh. Baginda dikatakan berani, dan mahir menunggang kuda dan memanah.[1][2]

Pada masa ini, kekuasaan kerajaan telah dikikis dengan ketara oleh golongan bangsawan. Merasa prihatin terhadap rakyat, baginda mendorong pengembangan pertanian dan serikultur dan mengurangi jumlah masakan diraja.[2]

Baginda mempertahankan hubungan yang tegang tetapi relatifnya damai dengan Göktürk dan berbagai dinasti China, walaupun secara sekejap pernah memerangi Zhou Utara di Semenanjung Liaodong pada tahun 577. Baginda sering mengirim ufti ke Dinasti Chen, Qi Utara, Zhou Utara dan Dinasti Sui.[1][2] Ketika Dinasti Sui menyatukan China, Raja Pyeongwon pula bersedia untuk perang yang bakal mendatang.

Sempadan selatan dengan dua kerajaan Korea yang lain secara relatifnya aman ketika persekutuan Silla-Baekje hancur. Pada tahun 586, baginda memindahkan ibu kota ke benteng Jangan.[2]

Pada tahun 590, raja menerima berita bahawa negeri Chen telah jatuh dan berita tersebut menjadikan baginda sangat cemas. Untuk tujuan pertahanan, baginda memerintahkan pasukan untuk berlatih dan menambah ketentuan ketenteraan. 

Pemerintahan Pyeongwon berakhir pada tahun 590, yang merupakan tahun kemangkatannya menurut Samguk Sagi, tetapi tidak ada dokumentasi khusus untuk mengesahkannya.

Baginda diberi gelaran diraja secara anumerta sebagai Raja Pyeongwon.[1]

Budaya popular

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d "평원왕" (dalam bahasa Korean). Doopedia. Dicapai pada 2016-09-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d "King Pyeongwon". KBS World. Dicapai pada 2016-09-28.


Pyeongwon dari Goguryeo
Tarikh kemangkatan: 590
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Yangwon
Raja Goguryeo
559–590
Diikuti oleh:
Yeongyang