Pengadil Piala Dunia FIFA 2010
Lencong ke:
- Piala Dunia FIFA
Pengadil-pengadil Piala Dunia FIFA 2010 akan dipilih daripada sekumpulan tiga puluh (30) regu pengadil dan penolong pengadil yang telah diumumkan oleh badan pentadbir Persatuan Bola Sepak, FIFA, pada 5 Februari 2010.[1] Pemililhan akhir telah dipilih daripada sekumpulan 38 pengadil yang didedahkan di dalam bulan Oktober 2008,[2] themselves whittled down from an initial group of 54 selected for the Refereeing Assistance Programme in 2007.[3]
Proses Pemilihan
Pada tahun 2007, Jawatankuasa Eksekutif FIFA telah menubuhkan Program Bantuan Pengadilan (Refereeing Assistance Programme - RAP) untuk menolong menyediakan pengadil-pengadil untuk mengadili perlawanan di dalam Piala Dunia 2010; 54 orang telah dipilih untuk menjadi kumpulan permulaan. Bulan-bulan berikutnya, mereka telah dinilai berdasarkan prestasi mereka pada kejohanan-kejohanan FIFA, seminar-seminar RAP dan di dalam liga tempatan mereka.[3] Pada bulan September 2008, 53 daripada 54 pengadil asal telah menghadiri seminar "Pengadil Elit di Zürich, Switzerland, di mana keupayaan teknikal, fizikal dan mental dianalisa.[4] Keputusan tersebut dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengadil-Pengadil FIFA, yang membuat pra-pemilihan 38 regu pengadil dan pembantu pengadil pada 22 Oktober.[2]
Daripada kumpulan 38 ini, sepuluh regu – mewakili semua keenam-enam konfederasi – telah dipilih untuk mengadili Piala Konfederasi FIFA 2009, yang mana Afrika Selatan menjadi tuan rumah sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia 12 bulan selepasnya.[5] Tugasan ini telah dilihat oleh FIFA sebagai sebahagian daripada penilaian para pengadil, untuk memastikan bahawa mereka bersedia menghadapi permintaan teknikal dan fizikal Piala Dunia di Afrika Selatan.[6]
30 regu pengadil akhir telah diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengadil-Pengadil FIFA di Zürich pada 5 Februari 2010. Regu-regu ini telah dinilai dengan menggunakan kriteria sama seperti pemilihan asal.[1] Berikutan dengan pemilihan mereka, setiap pengadil melalui penilaian perubatan pra pertandingan FIFA (PCMA) di Schulthess Clinic di Zürich di antara 25 Februari dan 6 Mac.[7]
Walau bagaimanapun, pada 27 Mei 2010, dua pengadil – Carlos Amarilla dan Mohamed Benouza – serta penolong mereka telah disingkirkan daripada senarai akhir, berikutan kegagalan pengadil-pengadil berkenaan di dalam ujian-ujian kecergasan piawai, ujian-ujian yang sama seperti ujian yang diadakan di Zurich. Pengadil Uruguay Martín Vázquez dan penolongnya telah dipanggil sebagai regu gantian. [8]
Senarai pengadil dan penolong
Konfederasi | Pengadil | Penolong-penolong |
---|---|---|
AFC | Khalil Al Ghamdi | Hassan Kamranifar Saleh Al Marzouqi |
Ravshan Irmatov | Rafael Ilyasov Bahadyr Kochkarov | |
Mohd Subkhiddin Mohd Salleh | Mu Yuxin Jeffrey Goh Gek Pheng | |
Yuichi Nishimura | Toru Sagara Jeong Hae-Sang | |
CAF | Koman Coulibaly | Redouane Achik Inacio Manuel Candido |
Jerome Damon | Célestin Ntagungira Enock Molefe | |
Eddy Maillet | Evarist Menkouande Bechir Hassani | |
CONCACAF | Joel Aguilar | William Torres Francisco Zumba |
Benito Archundia | Héctor Vergara Marvin Cesar Torrentera Rivera | |
Carlos Batres | Leonel Leal Carlos Pastrana | |
Marco Antonio Rodríguez | José Luis Camargo Callado Alberto Morin Mendez | |
CONMEBOL | Héctor Baldassi | Ricardo Casas Hernan Maidana |
Jorge Larrionda | Pablo Fandino Mauricio Espinosa | |
Pablo Pozo | Patricio Basualto Francisco Mondria | |
Óscar Ruiz | Abraham Gonzalez Humberto Clavijo | |
Carlos Simon | Altemir Hausmann Roberto Braatz | |
Martín Vázquez | Carlos Pastorino Miguel Nievas | |
OFC | Michael Hester | Jan-Hendrik Hintz Tevita Makasini |
Peter O'Leary | Brent Best Matthew Taro | |
UEFA | Olegário Benquerença | Jose Manuel Silva Cardinal Bertino Miranda |
Massimo Busacca | Matthias Arnet Francesco Buragina | |
Frank De Bleeckere | Peter Hermans Walter Vromans | |
Martin Hansson | Henrik Andren Stefan Wittberg | |
Viktor Kassai | Gábor Erős Tibor Vámos | |
Stéphane Lannoy | Eric Dansault Laurent Ugo | |
Roberto Rosetti | Paolo Calcagno Stefano Ayroldi | |
Wolfgang Stark | Jan-Hendrik Salver Mike Pickel | |
Alberto Undiano Mallenco | Fermín Martínez Ibánez Juan Carlos Yuste Jiménez | |
Howard Webb | Darren Cann Mike Mullarkey |
Rujukan
- ^ a b "30 referees from 28 countries appointed for 2010 FIFA World Cup™". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 5 Februari 2010. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ a b "List of referees preselected for South Africa 2010". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 24 October 2008. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ a b "Crunch time for top referees". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 February 2010. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ "Referees gear up for FIFA World Cup". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 30 September 2008. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ "FIFA appoints match officials". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 5 May 2009. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ "Referees honing skills in South Africa". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 27 Jun 2009. Dicapai pada 9 April 2010.
- ^ "Referees medically assessed in Zurich". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 15 March 2010. Dicapai pada 10 April 2010.
- ^ "Two referee trios will not officiate in South Africa following fitness tests". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 27 May 2010. Dicapai pada 27 May 2010.[pautan mati kekal]
Pautan luar
- 2010 FIFA World Cup South Africa Referees at FIFA.com
Templat:2010 FIFA World Cup