Papan induk

Papan induk

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar tercetak utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.

Terdapat maklumat lanjut mengenai komputer peribadi serasi IBM di papan induk PC.

Papan utama

Kesemua peralatan elektrik mempunyai papan dimana pemproses logik bermula apabila ia dihidupkan. Secara umum, ini dikenali sebagai papan induk. Biasanya, hanya peranti yang mempunyai pengiraan panjang, rumit, pelbagai, mempunyai papan induk. Komputer, konsol permainan, dan PDA biasanya dikaitkan dengan papan induk, sementara televisyen, penerima set teater rumah, dan aplikasi rumah biasanya tidak dikaitkan dengan papan induk.

Komponen papan induk

Sejagat

Kesemua papan induk mempunyai sama ada komponen teras atau pilihan lain untuk berfungsi.

  • soket CPU (direka untuk memegang CPU)
  • Slot RAM
  • Northbridge
  • Southbridge

Slot tambahan

Jumlah dan jenis slot tambahan ditentukan oleh pengilang papan induk bergantung kepada had set chip teras (core logic chipset). Jenis slot biasa termasuk:

  • ISA
  • PCI
  • AGP
  • PCI-Express

Antaramuka tambahan pilihan

Komponen berikut adalah pilihan, walaupun ekonomi pasaran menjadikan sebahagiannya mesti ada dalam komputer moden.

  • Pengawal IDE
  • Pengawal ATA selari (serial )
  • Port USB
  • Port FireWire
  • Bluetooth
  • Antaramuka Ethernet

Lihat juga

  • Bas bahagian hadapan
  • Faktor bentuk AT

Pautan luar

  • Perkakasan Komputer - Papan Induk
  • Kenali 6 ciri popular papan induk Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
  • Various motherboard models and tools
  • [http://www.ilmuit.com/content.php?article.130 Papan Induk Komputer]
  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Perkakasan komputer
Komputer
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS • PCI • PCI Express • USB HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain