Noor Islam

Noor Islam
PengarahK.M. Basker
DibintangiNordin Ahmad
Salmah Ahmad
Mahmud Jun
Siput Sarawak
Shariff Medan
SinematografiHitam-putih
Tarikh tayangan
1960
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

Filem Noor Islam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1960. Filem Noor Islam diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Noor Islam diarah oleh pengarah K.M. Basker pada 1960.

Ringkasan

Filem ini berkisar tentang sebuah kerajaan yang menyembah berhala Dewa Re, mengorbankan perawan dengan membakarnya hidup-hidup sebagai balasan kemakmuran dibawah naungan berhala Dewa Re. Mereka akan menyeksa sesiapa sahaja yang ditangkap mengamalkan agama Islam. Ramai rakyatnya memeluk agama Islam secara sembunyi termasuk Puteri Raja.

Pelakon

  • Nordin Ahmad sebagai Tengku Bador
  • Salmah Ahmad sebagai Tengku Ratna Suri
  • Siput Sarawak sebagai Melor
  • Mahmud Jun sebagai Panglima Merah Hitam
  • Shariff Medan sebagai Guru Murshid
  • Yem sebagai Sultan
  • Dollah Sarawak sebagai Ketua Berhala/Mahaguru
  • Haji Arshad sebagai Maarof
  • Mat Sentol sebagai Tando
  • Puteh Lawak sebagai Jujo
  • Salleh Melan sebagai Panglima
  • Rahmah Rahmat
  • Rose Eberwein sebagai Chempaka

Pautan luar

  • http://www.filemkita.com/filem/n/noor_islam_01.html