Konsonan letusan

Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan letusan atau afrikat merupakan konsonan yang bermula seperti hentian (selalunya konsonan gusi, seperti [t] atau [d]), kemudian dilepaskan seperti konsonan geseran (seperti [s] atau [z]). Contoh-contoh konsonan letusan dalam bahasa Melayu ialah [t̠ʃ] (c dalam cacing) dan [d̠ʒ] (j dalam jaring).

Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), konsonan letusan selalunya dilambangkan oleh dua bunyi (hentian diikuti geseran) yang membentuknya (cth. [pf], [kx]). Bagaimanapun, ada baiknya menggunakan aksara tunggal untuk menekankan bahawa letusan berfungsi sebagai fonem tunggal. Oleh itu, pihak IPA mencadangkan kedua-dua unsur letusan dengan tanda ikatan (cth. [p͡f], [k͡x]).

Jenis letusan

Letusan sibilan

Letusan bukan sibilan

  • Letusan dwibibir tak bersuara [pɸ]
  • Letusan dwibibir-gigi tak bersuara [pf] (dalam bahasa-bahasa Jerman, Teke)
  • Letusan dwibibir-gigi bersuara [bv] (dalam bahasa Teke)
  • Letusan bibir-gigi tak bersuara [p̪f] (dalam bahasa Tsonga XiNkuna)
  • Letusan bibir-gigi bersuara [b̪v] (dalam Tsonga XiNkuna)
  • Letusan gigi tak bersuara [t̪θ] (dalam bahasa-bahasa Luo, Dene Suline, Cun, sesetengah loghat Venice dan Itali Utara yang lain)
  • Letusan gigi bersuara [d̪ð] (dalam bahasa Dene Suline)
  • Letusan bukan sibilan gusi tak bersuara [tɹ̝̊] (dalam bahasa Mapudungun)
  • Letusan lelangit tak bersuara [cç] (dalam bahasa-bahasa Skolt Sami, Hungary)
  • Letusan lelangit bersuara [ɟʝ] (dalam bahasa-bahasa Skolt Sami, Hungary, sesetengah loghat Sepanyol)
  • Letusan velar tak bersuara [kx] (dalam bahasa Tswana, loghat Jerman Aleman Tinggi)
  • Letusan uvular tak bersuara [qχ] (dalam bahasa-bahasa Nez Percé, Wolof, Kabardia)
  • Letusan epiglotis tak bersuara [ʡʜ] (dalam bahasa Haida)

Letusan sisian

  • Letusan sisian gusi tak bersuara [tɬ] (dalam bahasa Navaho, dsb.)
  • Letusan sisian gusi bersuara [dɮ]
  • Letusan sisian lelangit tak bersuara [cʎ̥˔] (juga [c]) (sebagai ejektif [cʎ̥˔ʼ]/[cʼ] dalam bahasa Dahalo; sebagai [tʎ̥˔]/[t] dalam bahasa Hadza)
  • Letusan sisian velar tak bersuara [kʟ̝̊] (juga [k]) (sebagai ejektif [kʟ̝̊ʼ]/[kʼ] dalam bahasa Zulu)

Letusan bergetar

  • Letusan dwibibir bergetar tersengau [mbʙ] (dalam bahasa Kele)
  • Letusan bergetar dwibibir gigi tak bersuara [t̪ʙ̥] (dalam bahasa Wari’)
  • Letusan bergetar gusi tak bersuara /tʳ/ (dalam bahasa Ngkoth)
  • Letusan bergetar gelungan tak bersuara [ʈɽ̝̊] (dalam bahasa Malagasy)
  • Letusan bergetar gelungan bersuara [ɖɽ̝] (dalam bahasa Malagasy)

Letusan heterorganik

Walaupun kebanyakan konsonan letusan berbentuk homorganik (satu daerah artikulasi atau dua daerah artikulasi bersebelahan), namun wujudnya juga sebilangan kecil letusan heterorganik (dua daerah artikulasi yang tidak bersebelahan). Bahasa-bahasa Navajo dan Chiricahua Apache memiliki letusan gusi-velar heterorganik [tx] (McDonough & Ladefoged 1993, Hoijer & Opler 1938); bahasa-bahasa Bantu seperti Sotho Uatara dan Phuthi memiliki letusan gusi-bibir-gigi [tf] dan [dv], dan bahasa Sesotho pula memiliki letusan dwibibir-lelangit-gusi [pʃ] dan [bʒ].

Daerah Bibir Koronal Dorsal Laringal
Cara Dwi­bibir Bibir ­gigi Lidah ­bibir Gigi Gusi Belaka­ng gusi Gelung­an Lelangit ­keras Lelangit ­lembut Anak tekak Farinks­Epiglotis Glotis
Sengauan m ɱ n ɳ̊ ɳ ɲ̊ ɲ ŋ̊ ŋ ɴ
Hentian/letupan p b t d ʈ ɖ c ɟ k ɡ q ɢ ʡ ʔ
Letusan desis ts dz t̠ʃ d̠ʒ ʈʂ ɖʐ
Letusan tak desis p̪f b̪v t̪θ d̪ð tɹ̝̊ dɹ̝ t̠ɹ̠̊˔ d̠ɹ̠˔ ɟʝ kx ɡɣ ɢʁ ʡʢ ʔh
Geseran desis s z ʃ ʒ ʂ ʐ ɕ ʑ
Geseran tak desis ɸ β f v θ̼ ð̼ θ ð θ̠ ð̠ ɹ̠̊˔ ɹ̠˔ ɻ˔ ç ʝ x ɣ χ ʁ ħ ʕ h ɦ
Malaran tak bergeser ʋ ɹ ɻ j ɰ ʔ̞
Tamparan ⱱ̟ ɾ̼ ɾ̥ ɾ ɽ̊ ɽ ɢ̆ ʡ̆
Getaran ʙ̥ ʙ r ɽ̊r̥ ɽr ʀ̥ ʀ ʜ ʢ
Letusan sisi ʈɭ̊˔ ɖɭ˔ cʎ̝̊ ɟʎ̝ kʟ̝̊ ɡʟ̝
Geseran sisi ɬ ɮ ɭ̊˔ ɭ˔ ʎ̝̊ ʎ̝ ʟ̝̊ ʟ̝
Malaran sisi l ɭ ʎ ʟ ʟ̠
Tamparan sisi ɺ̥ ɺ ɭ̥̆ ɭ̆ ʎ̆ ʟ̆
Lihat juga IPA · Vokal