Kedai alatan kanabis

Kedai alatan kanabis di Florence, Itali.

Kedai alatan kanabis ialah saluran keluar runcit yang mengkhususkan alatan drug yang berkenaan dengan penggunaan kanabis, drug rekreasi, dan herba Zaman Baharu, serta juga seni, majalah, muzik, pakaian, dan dekor rumah budaya saingan. Produknya biasa merangkumi:

  • bong (dikenali sebagai "paip air" di negara yang mempunyai undang-undang alatan drug);
  • penyepit lipas;
  • paip kaca;
  • penapis paip;
  • pengewap;
  • kertas gulung;
  • mesin penggulung;
  • penimbang;
  • pengecas krim putar (yang mengandungi nitrus oksida);
  • dildo, penggetar, dan barang lain yang bertujuan untuk meningkatkan nikmat hubungan jenis;
  • poster berdaya sambut cahaya hitam;
  • dupa;
  • pemetik api; dan
  • produk yang dikatakan dapat memberikan keputusan negatif yang palsu kepada ujian urinalisis drug.

Kedai pintar ialah kedai di Belanda dan Ireland yang menjual bahan psikoaktif, selain daripada alatan drug yang dijual oleh kedai alatan kanabis.

Sejarah

Kedai alatan kanabis muncul buat pertama kali pada 1960-an di bandar-bandar raya yang mempunyai banyak belia peringkat umur kolej. Ia seringnya bermula daripada kedai poster atau kedai lilin milikan persendirian. Sumber-sumber menyebut bahawa Psychedelic Shop yang terletak di Haight Street di San Francisco, California yang dikendalikan oleh veteran Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Ron Thelin, dan adiknya, Jay, merupakan kedai alatan kanabis yang pertama di Amerika Syarikat.[1] Diarkibkan 2010-06-04 di Wayback Machine [2] Ia dibuka pada 3 Januari 1966.

Kedai alatan kanabis pada mula-mulanya bertindak sebagai saluran keluar yang penting kepada komik bawah tanah Robert Crumb serta juga pelukis-pelukis kartun budaya saingan yang lain. Bagaimanapun, kepopularannya kemudian merosot apabila generasi ledakan bayi menjadi semakin tua. Tambahan lagi, aliran utama runcit juga menemui aspek-aspek peluang pasaran kedai alatan kanabis, misalnya muzik alternatif dan produk ramah alam sekitar, lalu menyerapnya dan memburukkan keadaan kedai alatan kanabis lagi.

Kesahan

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, kedai alatan kanabis wujud dalam keadaan undang-undang yang samar-samar kerana sifat bahan yang dijualnya boleh digunakan untuk kedua-dua drug yang sah serta dadah gelap. Bagaimanapun, penjualan sesetengah alatan drug masih dianggap sebagai haram di sesetengah negeri. Kedai-kedai alatan kanabis sering mengemukakan alasan bahawa produk mereka bukannya alatan drug yang haram kerana ia bertujuan untuk digunakan pada campuran tembakau dan bahan-bahan lain yang sah.

Menjelang awal 2000-an, dengan penggubalan undang-undang negeri yang membenarkan penjualan marijuana perubatan, kedai-kedai alatan kanabis muncul semula lagi secara kawasan serta juga dalam Internet untuk melayan pasaran kesihatan. Di banyak kedai alatan drug, papan tanda dipaparkan (dan seringnya diulang juga secara lisan) untuk menyatakan bahawa perakuan pelanggan mengenai penggunaan produk kedai pada dadah gelap akan mengakibatkan penggantungan sebarang penjualan buat suatu tempoh, dan/atau larangan sama sekali sebarang penjualan kepadanya pada masa depan. Kedai alatan drug seringnya juga memaparkan papan tanda yang menyatakan bahawa produk dijual "hanya untuk penggunaan tembakau" atau "bukan untuk digunakan pada bahan yang haram".

Kedai alatan drug dalam talian seringnya memerlukan penggunanya mematuhi penolakan tuntutan yang ketat sebelum dibenarkan berurus niaga. Pengguna juga tidak dibenarkan melihat sebarang produk yang dijual sehingga mereka bersetuju dengan penolakan tuntutan tersebut.

Brazil

Terdapat hanya amat sedikit kedai alatan kanabis di Brazil, dengan kebanyakannya terletak di negeri São Paulo dan negeri Rio de Janeiro, selain daripada ibu negara, Brasília. Status undang-undang kedai itu adalah sah kerana ia tidak menjual sebarang dadah gelap dan tiadanya juga undang-undang yang melarang penjualan peranti merokok dan serupa, kecuali adanya propaganda dadah gelap yang langsung.

Rujukan

  • The Tillsonburg News, August 3, 2005: "Potent herb not regulated in Canada" Diarkibkan 2006-08-16 di Wayback Machine
  • The Daily Transcript, July 19, 2004: "Head shop regulation is good for business" Diarkibkan 2009-02-08 di Wayback Machine
  • CNN transcript, June 24, 2003: "New Recreational Drug Poses Questions For DEA"
  • The Christian Science Monitor, December 17, 1980: "Nationwide Drive Against 'Head Shops' Runs Into a Federal Court Snag"
  • Anchorage Press, Sept. 8-14, 2005: "Why We All Can't Just Get a Bong"

Pautan luar

Lihat juga

  • Akhbar bawah tanah
  • Budaya alternatif
  • Filem bawah tanah
  • Komiks bawah tanah
  • Muzik bawah tanah


  • l
  • b
  • s
Sumber kanabis
Umum
4/20 • Kebudayaan kanabis • Kesahan • Kesan kanabis • Penanaman • Tumbuhan (Indica • Sativa) • Portal:Kanabis
Sediaan
Bhang • Green Dragon (minuman) • Hasyis • Kief • Makanan kanabis • Minyak hash / Minyak madu • Pengewap• Rosin • Teh kanabis
Penggunaan
Kanabis perubatan • Menghisap • Penggunaan kanabis agama dan rohaniah • Penggunaan perindustrian (ganja)
Strain
Acapulco Gold • British Columbia Bud • Holland's Hope • G-13 • Kush • Marijuan Belanda • Northern Lights • Panama Red • Purple Haze • Quebec Gold • Skunk • White Widow
Pertubuhan
AAMC • AMMA • ASA • BLCC • Buyers Club • CCRMG • CRC • DPA • FCA • GMM • LCA • LEAP • MAPS • MPP • NORML • OUNORML • Parti politik • POT • SAFER • SSDP • Therapeutics Alliance
Lain-lain
Kanabidiol • Kanabinoid • Cannabis Culture • Sistem endokanabinoid • High Times • delta-9-tetrahidrokanabinol (Δ9-THC)