Kapal pengangkut pesawat Cavour

Cavour (550)
Sejarah
Marina Militare ensignItali
Nama: Cavour
Pembina: Fincantieri
Dibaringkan: 17 Julai 2001
Dilancarkan: 20 Julai 2004
Ditauliah: 27 Mac 2008
Dalam perkhidmatan: awal 2009
Pelabuhan asal: Taranto
Status: ujian pemasangan sistem
Ciri-ciri umum
Sesaran: 27,910 tan(35,000 tan semasa dalam perkhidmatan)
Panjang: 244 m
Lunas: 39 m
Draught: 8,7 m
Jana kuasa:
  • 4 × turbin gas General Electric/Avio LM2500+ menghasilkan 88.000 hp
  • 6 × penjana diesel (13.200 KW)
Halaju: 28+ knot
Jarak: 7,000 batu nautika (13,000 km) pada 16 knot (30 km/j)
Anak kapal:
  • 451 anak kapal
  • 203 Cabang Udara Armada
  • 140 C4 staff
  • 325 Marin (standard)
Persenjataan:
  • 4 × A43 SYLVER VLS untuk 32 buah peluru berpandu permukaan ke udara Aster-15
  • 2 × meriam artileri laut Oto Melara 76/62 mm Super Rapido
  • 3 × meriam anti pesawat Oerlikon Contraves 25/80 mm
Pesawat yang dibawa:
  • 20-24 [2]
  • Boeing AV-8B Harrier II Plus atau Lockheed Martin F-35B
  • Helikopter kegunaan am
  • Helikopter pengawasan udara EH101 AEW/HEW
Nota: Pennant 550

Cavour (550) merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat (CVH) di dalam Marina Militare. Ia dinamakan bersempena nama seorang negarawan dan ahli politik Itali yang bernama Camillo Benso, conte di Cavour.

Cavour telah dibaringkan oleh Fincantieri pada 17 Julai 2001, dan dilancarkan daripada limbungan kapal Riva Trigoso (Sestri Levante) pada 20 Julai 2004. Ujian laut telah dimulakan pada Disember 2006, dan kemudian ditauliahkan secara rasminya pada 27 Mac, 2008. Keupayaan Operasi Penuh (FOC) adalah dijangka pada awal tahun 2009 selepas siapnya kerja-kerja terakhir di Muggiano (Lerici) pada musim panas tahun 2008 dan dipindahkan ke stesen baru tentera laut di Mar Grande, Taranto. Cavour akan menjadi kapal armada baru bagi Tentera Laut Itali.

Rekabentuk

Cavour (hadapan) beroperasi bersama-sama dengan Harry S. Truman (tengah) dan Charles de Gaulle (belakang) di Teluk Oman, 2013
Cavour belayar di Teluk Naples.

Kapal ini direka untuk mengoperasikan gabungan pesawat kepak kaku V/STOL dan helikopter, operasi arahan dan kawalan dan pengangkutan anggota tentera atau awam dan kenderaan berat. Ruang hangar seluas 134 m (440 ka), 2,800 m2 (30,000 ka2) boleh digunakan sebagai ruang menyimpan kenderaan bagi sehingga 24 buah kereta kebal utama (biasanya Ariete) atau banyak lagi kenderaan ringan (50 Dardo IFV, 100+ Iveco LMV), dan juga dipasang dengan anjakan laluan buritan sehingga 70 tan, selain dua angkatan sehingga 30 tan untuk kegunaan operasi pesawat. Cavour juga boleh dioperasikan sebagai pelantar pendaratan helikopter, bagi helikopter pengangkut berat (AgustaWestland UH-101A ASH) dan 325 orang aggota marin (91 orang lain, sebagai pilihan).[1] Cavour mempunyai sesaran sebanyak 27,900 tan tetapi boleh mencapai lebih 30,000 tan dengan muatan ketenteraan penuh.[2]

Ia melengkapkan kapal pengangkut pesawat tentera laut Itali lain, iaitu Giuseppe Garibaldi.

Tentera Laut Itali akan mengantikan 16 buah pesawat Harrier dengan 15 buah (asalnya 22 buah) Lockheed Martin F-35B Lightning II.[3] Jadual F-35B tidak pasti, tetapi Cavour akan diubahsuai bagi menyokong pesawat F-35B menjelang tahun 2016.[4] Cavour akan mempunyai ruang sehingga 10 buah pesawat F-35B di dalam hangar, dan enam buah lagi akan diletakkan di dek penerbangan.[3]

Pembinaan

Cavour telah dibaringkan oleh Fincantieri pada bulan Jun 2001, dan dilancarkan dari limbungan Riva Trigoso di Sestri Levante, pada 20 Julai 2004.[5] Ujian laut bermula pada bulan Disember 2006, dan ia kemudian ditauliahkan secara rasmi pada 27 Mac 2008. Kapal ia mencapai keupayaan penuh pada 10 Jun 2009.

Sejarah perkhidmatan

Pada 19 Januari 2010, Cavour telah digerakkan ke Haiti sebagai sebahagian daripada Operasi White Crane, kod operasi yang digunakan oleh Itali sempena bantuan gempa bumi Haiti 2010.[6] Ia merupakan misi pertama kapal pengangkut pesawat ini, di mana ia membantu usaha pihak antarabangsa untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi.[7]

Rujukan

  1. ^ http://www.marina.difesa.it/conosciamoci/editoria/marivista/Documents/2010/07_lug/Cosentino.pdf
  2. ^ [1]
  3. ^ a b Nativi, Andy; Menon, Jay; Sweetman, Bill (5 April 2012). "Navies Worldwide Invest In Sea-Based Airpower". Aviation Week.
  4. ^ ARG. "F-35B on Italian "Cavour" aircraft carrier". Military-today.com. Dicapai pada 4 December 2011.
  5. ^ "Italian Navy Launches Conte di Cavour-Class Carrier". Sea Power. 1 September 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 23 June 2015 – melalui HighBeam Research. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  6. ^ "Photostory: Portaerei Cavour, gli aiuti per Haiti" (dalam bahasa Italian). ANSA. 4 February 2010. Dicapai pada 1 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "La portaerei Cavour pronta a partire per Haiti" (dalam bahasa Italian). la Repubblica.it. Dicapai pada 1 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

  • (Itali) Cavour on the Marina Militare website
  • (Inggeris) History, technical details and a collection of photo of Cavour
  • (Inggeris) Naval-Technology
  • l
  • b
  • s

Cavour • Chakri NaruebetCharles de GaulleGiuseppe GaribaldiKiev / VikramadityaJuan Carlos ICentaur / ViraatEnterpriseInvincibleClemenceau / São PauloNimitzPrincipe de AsturiasLiaoningNimitzAdmiral KuznetsovQueen ElizabethGerald R. Ford

  • l
  • b
  • s
Kapal laut dan kapal perang pada zaman Moden Akhir
  • Kelas-kelas kapal tentera laut dalam perkhidmatan
    • kapal selam
    • bantuan
  • Zon operasi
    • Tentera laut laut biru
    • Tentera laut laut perang
    • Tentera laut laut hijau
  • Kedudukan meriam
    • Broadside
    • bateri tengah
    • Casemate
    • Turet
Kapal pengangkut pesawat
Kapal tempur
Penjajap
  • Penjajap berperisai
  • Penjajap tempur
  • Penjajap dek penerbangan
  • Penjajap berat
    • Kapal tempur Pocket
  • Penjajap ringan
  • Kapal penjarah dagang
  • Perjajap dilindungi
  • Penjajap pemukul
  • Penjajap torpedo
  • Penjajap tidak dilindungi
Pengiring
Pengangkut
  • Dok pengangkutan amfibia
  • Kapal peperangan amfibia
  • Attack transport
  • Kapal pendaratan dok
  • Lancang pendaratan
  • Kapal pengangkut lancang pendaratan
  • Kapal sokongan lancang pendaratan
  • Kapal pendaratan berat
  • Kapal pendaratan infantri
  • Kapal pendaratan sederhana
  • Kapal pendaratan kereta kebal
  • Kapal pendaratan kenderaan
  • Troopship
Kapal rondaan
  • Armed boarding steamer
  • Kapal layar bersenjata
  • Bot bermotor pantai
  • Korvet
  • Bot meriam
  • Harbour Defence Motor Launch
  • Motor Launch
  • Naval drifter
  • Naval trawler
  • Ocean boarding vessel
  • Kapal peronda
  • Kapal-Q
  • Bot meriam stim
  • Kapal pengejar kapal selam
  • Bot torpedo
Kapal serang laju
Peperangan periuk api
  • Danlayer
  • Pembinasa penyapu ranjau
  • Kapal anti peperangan periuk api
  • Penanam periuk api
  • Kapal pemburu ranjau
  • Kapal penabur ranjau
  • Kapal penyapu ranjau
Kawalan dan sokongan
  • Amenities ship
  • Kapal peluru
  • Auxiliary repair dock
  • Kapal bantuan
  • Collier
  • Combat stores ship
  • Kapal arahan
  • Crane vessel
  • Kapal depoh
  • Destroyer tender
  • Dispatch boat
  • Fast combat support ship
  • General stores issue ship
  • Kapal hospital
  • Naval tugboat
  • Net laying ship
  • Repair ship
  • Replenishment oiler
  • Submarine tender
Kapal selam
Lain-lain