Julia Rais

Yang Amat Berbahagia Che Puan

Julia Rais
Kelahiran
Julia Aishah binti Abdul Rais

(1971-02-19) 19 Februari 1971 (umur 53)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
StatusBerkahwin
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–1992
PasanganAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (k. 1991)
Anak-anakYAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana
BapaAbdul Rais Yeop
SaudaraZalina (Kakak)
Rafiza (Abang)
Fazlyn (Kakak)
Abdul Aziz Yeop (Bapa Saudara)
Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (sepupu)
Mohamed Razif Abdul Aziz (sepupu)
Kerabat Diraja
Pahang
YABhg. Che Puan Julia binti Abdul Rais
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
    YHM Tengku Dato' Sri Abu Bakar Ahmad
    • YM Tengku Zayn Edin Shah
    • YM Tengku Aleya Norlini
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana

YAM Che Puan Besar

  • YAM Tengku Muda
    YABhg. Che Puan Muda
    • YM Tengku Eddie Akasya
    • YM Tengku Ahmad Firhan Shah
    • YM Tengku Armaan Alam Shah
    • YM Tengku Ameera Asya
  • YAM Tengku Arif Temenggong
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Meriam
    YDH Dato’ Sri Mohamad Toufic Al-Ozeir
    • YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YH Dato’ Ahmad Najmi
      • YM Puteri Nadra Raniya
      • YM Puteri Shakira Nurjenna
    • YM Tengku Dato’ Indera Madina Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YM Tengku Dato’ Indera Madihah Shahzan Kamilah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YHM Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YBhg. To' Puan Setia Datin Indera Mai Nurliyana Meyor Hamdan
      • YM Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
    • YM Puteri Noor Afzan Mohamad Al Ozeir
  • YAM Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini
    YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM
    • YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Aida Rakhimova
      • YM Tun Putera Miran Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Muhammad Abu Bakar Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Saskia Natrah Schwarz
  • YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah
    • YM Dato’ Indera Tunku Syazwan Kaiyisah
      YH Dato’ Wan Putera Shahril
      • YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah
      • YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah
    • YM Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah
    • YM Puteri Afzan Shakira Nabila
      YBhg. Encik Khairul Fahmy
      • YM Khaira Alayna
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah
    • YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan
      YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
      • YM Tengku Adam Ibrahim Shah
      • YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah
      • YM Tengku Nuh Mohamed Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Yasir Ahmad Shah
      YBhg. Datin Indera Diyana Hazmi
    • YM Tun Putera Iskandar Alam Shah
  • YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Shahariah
    YDH Dato’ Indera Omar Naresh
    • YM Puteri Amida Afsha Afzan
      YBhg. Wan Putera Shahjuan
    • YM Puteri Ameera Azwa Asyarah
Kerabat luas diraja

Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Abu Bakar

  • YHM Tengku Dato’ Sri Abu Bakar Ahmad
  • YM Tengku Dato’ Sri Marsilla
  • YM Tengku Shaheera

YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Nong Soraya


  • YM Tengku Shahreza
  • YM Tengku Hassanal Badr
  • YM Tengku Ibrahim
  • YM Tengku Nazaruddin Wazir
  • YM Tengku Shahnaz
  • YM Tengku Iman
  • YM Tengku Sofia
  • YM Tengku Farah Dina

YAM Tengku Panglima Besar
YAM Tengku Puan Panglima Besar & Tunku Puteri Negeri Sembilan

YM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Raja Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah
  • l
  • b
  • s

Yang Amat Berbahagia Che Puan Julia Aishah Abdul Rais (lahir 19 Februari 1971) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia berwajah Pan-Asian dan berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang terkenal pada era awal 1990-an serta mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.[1]

Kehidupan awal

Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan kedua bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan. Beliau mempunyai darah kacukan Inggeris di sebelah ibunya serta Melayu di sebelah bapanya.

Beliau dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, (Allahyarhamah) Zaedahtul-Laily @ Lily binti Ibrahim. Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.[2][3]

Beliau mempunyai seorang kakak, (Allahyarhamah) Zalina Rais, kakak tiri, Fazlyn binti Abdul Malek dan abang tiri, Mohd Rafiza bin Abdul Rais hasil daripada perkahwinan isteri pertama bapanya iaitu Rafeah Meor Hasan. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan tali persaudaraan sebagai sepupu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan sepupu tiri kepada pelakon Juliana binti Ibrahim.[2]

Kerjaya

Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari dunia Barat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Eropah atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.

Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakon iklan di televisyen iaitu salah sebuah produk P&G, Rejoice. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.[2]

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkifli M. Osman.[1]

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1991, beliau telah berkahwin dengan Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu merupakan Tengku Mahkota Pahang sebagai isteri keduanya. Isteri pertama suaminya ialah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mereka telah mengadakan majlis secara tertutup di Bukit Fraser.

Selepas majlis perkahwinannya, beliau dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Amat Berbahagia.

Baginda suaminya, Sultan Abdullah menggantikan paduka ayahandanya sebagai Sultan Pahang moden yang ke-6 pada 15 Januari 2019. Seterusnya, baginda juga telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 24 Januari 2019 oleh ahli Majlis Raja-Raja.

Julia dan Sultan Abdullah dikurniakan tiga anak perempuan:

  • Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan (lahir pada 11 November 1992) berkahwin dengan Yang Hormat Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah:
    • Yang Mulia Tengku Zayn Edin Shah (lahir pada 23 Julai 2019)
    • Yang Mulia Tengku Aleya Norlini (dilahirkan pada 2 Februari 2022)
  • Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera (lahir pada 1 Oktober 1993)
  • Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana (lahir pada 20 April 1997)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah
1990 Isabella Rozi Marwan Alkatiri
Hati Bukan Kristal Nina Raja Ahmad Alauddin
Mira Edora Mira Edora Zulkifli M. Osman
Driving School Sally Othman Hafsham
1992 Nadia Nadia Rahman Adam
Suci Dalam Debu Rina Zulkifli M. Osman

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1990 Surat Untuk Aminah TV1
1990 Mona Mona TV3
1991 Siapa Bunuh Alice Dirinya sendiri TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 2+1 Sofi TV3 Episod: "Sofi"

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
1989 Syampu Rejoice
Rokok Salem
1990 Nestle Coffee-mate

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
1989 "Isabella" Amy Search

Anugerah

Pada tahun 1991 sewaktu acara Festival Filem Malaysia ke-9 dianjurkan, beliau telah menggondol Anugerah Bintang Harapan melalui watak tambahan yang dipegang beliau dalam filem cereka cinta yang juga memenangi anugerah Filem Terbaik iaitu Hati Bukan Kristal. Pada majlis yang sama beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Mira Edora.

Perkembangan terkini

Selepas muncul dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau khabarnya telah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang dan kini menetap di Britain dengan ibu kandungnya yang merupakan warganegara British.[4]

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Cik Puan Julia binti Abdul Rais
Gaya panggilan Yang Amat Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Amat Berbahagia
Gaya pilihan Che Puan
  • 19 Februari - 1991 : Cik Julia binti Abdul Rais
  • 1991 - kini : Yang Amat Berbahagia Che Puan Julia binti Abdul Rais

Rujukan

  1. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada 2010-12-11.
  2. ^ a b c entahlah: JULIA RAIS ISABELLA DAN DRIVING SCHOOL
  3. ^ Utusan Online - Hiburan (Tidak Cantikkah Wajah Melayu Tulen?)
  4. ^ Utusan Online - Hiburan (Cinta tidak kenal siapa artis kahwin kerabat)

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an