Jeritan Batinku

Jeritan Batinku
PengarahMohd Ariff Shah
Dibintangi
  • Aziz Jaafar
  • Puteri Nor Maria
  • Rosnah Mat Aris
  • Normah Damanhuri
  • Nor Albaniah Raffie
  • Mat Over
Disunting olehMurad Man
Muzik olehJan Johari
Syarikat
penerbitan
Ariff Skop Production
Tarikh tayangan
1994
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jeritan Batinku ialah sebuah filem bergenre drama yang diterbitkan di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994. [1] Filem ini merupakan filem berwarna.

Sinopsis

Fauziah (Puteri Nor Maria), anak yatim piatu didera oleh ibu saudaranya Ramlah (Rosnah Mat Aris). Fauziah meninggalkan rumah dan lari ke bandar. Sharif (Aziz Jaafar) seorang ahli perniagaan telah membawa Fauziah ke rumahnya dan dijadikan sebagai anak angkatnya. Tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh anak perempuan Sharif, Mahani (Nor Albaniah Raffie). Sementara itu di kampung pula, Ramlah mengalami tekanan jiwa dan menjadi gila kerana merasa berasa bersalah terhadap Fauziah selama ini.

Sharif pula mempunyai masalah rumahtangganya dengan Latifah (Normah Damanhuri) yang telah berlaku curang terhadapnya. Selepas peristiwa itu, Latifah telah diusir keluar dari rumah dan hak penjagaan Mahani diserahkan kepada Sharif. Akibat terlalu cemburu terhadap Fauziah, Mahani telah mengalami cedera parah selepas terjatuh dari tangga di rumahnya kerana mengasari Fauziah. Hal ini menyebabkan Latifah bergegas dan bertekad untuk menemui anaknya tetapi dihalang sekali lagi oleh Sharif. Selepas dipujuk oleh Fauziah dan Rosnah (pembantu rumah), baharulah dia berubah fikiran dan menerima semula Latifah.

Pelakon

  • Aziz Jaafar sebagai Sharif
  • Puteri Nor Maria sebagai Fauziah
  • Rosnah Mat Aris sebagai Ramlah
  • Normah Damanhuri sebagai Latifah
  • Abdul Razak Rahman
  • Nor Albaniah Raffie sebagai Ani
  • Buzen Hashim
  • Mat Over sebagai gelandangan

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ http://www.filemkita.com/filem/j/jeritan_batinku_01.html

Pautan luar

  • l
  • b
  • s