Jacob Sartorius

Jacob Sartorius
Latar belakang
Nama lahirRolf Jacob Sartorius
Kelahiran (2002-10-02) 2 Oktober 2002 (umur 21)
 Amerika Syarikat, Amerika Syarikat
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2015-kini
Laman sesawang
jacobsartorius.com

Rolf Jacob Sartorius (juga dikenali Jacob Sartorius) merupakan penyanyi dan personaliti internet dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali di media sosial dengan menyiarkan video sinkronasi bibir di musical.ly. Pada tahun 2016, beliau telah mengeluarkan debut tunggalnya "Sweatshirt" yang meraih carta Hot 100 di Amerika Syarikat dan Kanada. Beliau juga adalah artis muzik paling laris ke-9 pada tahun 2016.

Awal kehidupan

Sartorius telah dilahirkan di Oklahoma. Selepas kelahirannya, beliau telah diambil sebagai anak angkat dan berpindah ke Virginia kerana bapa kandungnya tidak dapat menjaganya. Beliau dibesarkan di Reston, Virginia dengan keluarga angkatnya. Pada usia 7 tahun, Sartorius mula menjinak dalam industri muzik, dimana beliau telah menemukan cintanya terhadap persembahan; walau bagaimanapun beliau juga sering kali dibuli oleh orang lain.

Pada tahun 2014, Sartorius memuat naik video atas talian pertamanya di Vine ketika berumur 11 tahun. Video, yang merupakan mesej mengenai anti-buli, menjadi tular dan bermulalah kemasyhurannya di media sosial. Selepas kerap memuat naik video ke Vine, Sartorius menjadi agak terkenal dalam aplikasi tersebut. Selepas tahun itu, Sartorius menyertai Musical.ly dimana kemasyurannya dalam talian melonjak. Video sinkronasi bibirnya dalam aplikasi tersebut menjadi begitu terkenal dan membawa beliau menjadi salah satu bintang teratas aplikasi dengan lebih daripada 14 juta pengikut.

Kemasyhuran baru Sartorius memburukkan lagi pembulian di sekolah. Pada tahun 2016, Sartorius mengakui beliau terpaksa beralih sekolah tiga kali berbeza pada tahun 2015 kerana diserang secara lisan, ditolak dan digoda oleh rakan sekelas. Media sosial menawarkan beliau menyembunyikan diri daripada buli, beliau menyatakan: "Sebelum Musical.ly, saya bukanlah yang paling luar biasa, aplikasi ini membantu saya membebaskan diri, seperti tiada siapa yang menonton selain kamera."

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori
2016 Teen Choice Awards Choice Muser
2017 iHeart Radio Music Awards Social Star Award
2017 Kids' Choice Awards Favorite Viral Music Artist
2017 Radio Disney Music Awards Favorite Social Media Star
2017 Shorty Awards Muser of the Year
2017 Teen Choice Awards Choice Muser

Rujukan

  1. "Jacob Sartorius Reveals He Was Adopted in Uplifting New Video Blog"
  2. "Jacob Sartorius's "Hit or Miss" Music Video Will Bring Back Those 2009 Bieber Feels"
  3. https://www.famousbirthdays.com/people/jacob-sartorius.html
  4. http://www.billboard.com/music/jacob-sartorius