Ivana Trump

Ivana Trump
Ivana Trump pada tahun 2007
Kelahiran
Ivana Marie Zelníčková

20 Februari 1949
Gottwaldov (sekarang Zlín, Daerah Zlín),
Moravia (Wilayah Zlín),
Czechoslovakia (Republik Czech)
Meninggal dunia14 Julai 2022(2022-07-14) (umur 73)
Manhattan, Bandar Raya New York,
New York, Amerika Syarikat
DikebumikanTrump National Golf Club cemetery,
Bedminster, New Jersey, AS
Warganegara Czechoslovakia
Kerakyatan Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Charles
(Pendidikan jasmani)
PekerjaanAhli perniagaan, model, penulis, pereka bentuk
MajikanIvana, Inc.
PangkatPengasas dan CEO
Pasangan
  • Alfred Winklmayr (kahwin 1971-1973)​
  • Donald John Trump (k. 1977-1992)​
  • Riccardo Mazzucchelli ​(k. 1995-1997)​
  • Rossano Rubicondi ​(k. 2008-2009)​
Rakan kongsi domestik
  • Roffredo Gaetani (dating 1997-2005)
  • Rossano Rubicondi ​(d. 2009-2021)​
Anak-anak
Ibu bapa
  • Miloš Zelníček (bapa)
  • Marie Zelnickova (ibu)
Keluarga
  • Jared Kushner (menantu)
  • Charles Kushner (besan)
  • Seryl Stadtmauer (besan)
  • Lara Lea Yunaska (menantu)
  • Robert Luke Yunaska (besan)
  • Linda Ann Sykes (besan)
Hubungan
Catatan kaki / rujukan
[1] [2] [3] [4]

Ivana Marie Trump (20 Februari 1949 – 14 Julai 2022) ialah seorang ahli perniagaan, model, penulis, pereka bentuk di Amerika Syarikat dan seorang bekas ahli sukan ski dan pelakon yang berdasar dari Czechoslovakia (sekarang Republik Czech).

Beliau merupakan seorang ibu kepada Donald Trump Jr., Ivanka Trump dan Eric Trump dengan suami kedua beliau, iaitu bakal Presiden AS ke-45 Donald Trump ; seorang nenek kepada 10 orang cucu, ibu mentua kepada Jared Kushner dan Lara Lea Yunaska dan besan kepada ibu bapa mereka.

Kelahiran

Ivana Marie Zelníčková lahir di Gottwaldov (sekarang dikenali sebagai Zlín, Daerah Zlín), Moravia (Wilayah Zlín), Czechoslovakia (Republik Czech) kepada Miloš Zelníček (1927–1990) dan Marie Zelnickova (1926–1990) pada 20 Februari 1949.[5]

Kerjaya

Perniagaan

Beliau bertugas sebagai Naib Presiden Reka Bentuk Dalaman untuk The Trump Organization semasa perkahwinan kedua beliau dengan Donald Trump (pemilik dan presiden kepada syarikat tersebut).[5]

Beliau berkerja di The Trump Organization ini dari tahun 1977 sehingga tahun 1990 sahaja kerana kemunculan Marla Maples.[3]

Pada 11 Mei 1990, beliau telah mengasaskan sebuah syarikat swasta bernama Ivana, Inc. di Bandar Raya New York.[6]

Bibliografi

Nama Buku Tahun Pengeluaran Syarikat Buku ISBN / ASIN
For Love Alone 1992 Pocket Books ISBN 978-0671790882
Free to Love 1993 Atria Publishing Group ISBN 978-0671743710
The Best Is Yet to Come: Coping with Divorce and Enjoying Life Again 1995 Pocket Books ISBN 978-0671865696
Raising Trump: Family Values from America's First Mother 2018 Gallery Publishing Group ISBN 978-1501177293

Filemografi

Beliau telah banyak bermuncul dalam pelbagai karya media termasuk :[7]

  • siri televisyen "Pan Tau" musim 01 episod 03 "Pan Tau na horách" pada tahun 1970 [8]
  • film "The First Wives Club" pada tahun 1996 [9]
  • film "Ivana Trump's For Love Alone" pada tahun 1996 [10]

Kematian

Beliau ditemui mati dibawah tangga rumah beliau yang berada di East 64th Street, Upper East Side Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat dan dilaporkan kepada Jabatan Polis Bandar Raya New York pada jam pukul 12.40 tengah hari 14 Julai 2022. [11] [12]

Ketua pemeriksa perubatan New York telah menyatakan bahawa Cik Ivana telah meninggal dunia kerana akibat "kecederaan kesan objek tumpul", menurut Jurucakap Jabatan Polis New York, Ivana Trump mati kerana terjatuh dari tangga rumahnya dan "nampaknya tidak ada sebarang jenayah berlaku".[13]

Pada 20 Julai 2022, Upacara pengebumian beliau telah diadakan di Gereja Roman Katolik St. Vincent Ferrer, Upper East Side Manhattan, Bandar Raya New York, New York dan kemudian dikebumikan di Trump National Golf Club cemetery, Bedminster, New JerseyAmerika Syarikat.[14]

Rujukan

  1. ^ "Trump, Ivana" dari Novelguide pada 17 Jun 2010
  2. ^ "Ivana Trump’s ex-husband, actor Rossano Rubicondi, dead at 49" dari The The Atlanta Journal-Constitution pada 01 November 2021
  3. ^ a b "Ivana Trump is found dead in her Manhattan apartment aged 73: 'Our mother was an incredible woman - a force in business, a world-class athlete, a radiant beauty, and caring mother and friend', family says" dari Daily Mail pada 14 Julai 2022
  4. ^ "Ivana Trump Biography: Net Worth, Height, Husband, Ex Husbands, Children, Grandchildren, Parents, Age" dari Mufcarena pada 14 Julai 2022
  5. ^ a b "Miloš Zelníček Partner: Who is Miloš Zelníček Wife and Ivana Trump’s Mother Marie Zelnickova?" dari Mufcarena pada 14 Julai 2022
  6. ^ "Ivana, Inc." dari New York Company Directory pada 16 Jul 2022
  7. ^ Ivana Trump di Internet Movie Database
  8. ^ Pan Tau na horách dari IMDb
  9. ^ The First Wives Club dari IMDb
  10. ^ "Ivana Trump's For Love Alone dari IMDb
  11. ^ Donald Trump’s first wife Ivana dies aged 73 dari The Sun pada 15 Julai 2022
  12. ^ Isteri pertama Donald Trump, Ivana, ditemui meninggal dunia di apartment dari mStar Online pada 15 Julai 2022
  13. ^ Objek tumpul punca kematian Ivana Trump dari Berita RTM pada 16 Julai 2022
  14. ^ "Ivana Trump buried at Trump National Golf Club cemetery in Bedminster, NJ" dari New York Post pada 20 Julai 2022

Pautan luar

Kategori berkenaan Ivana Trump di Wikimedia Commons

Portal:
  •  Biografi