Istana Westminster

Istana Westminster is located in Bumi
Istana Westminster
Istana Westminster (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Westminster (bahasa Inggeris: Palace of Westminstercode: en is deprecated ) atau juga dikenali sebagai Dewan Parlimen (bahasa Inggeris: Houses of Parliamentcode: en is deprecated ) terletak di tebing Sungai Thames di tengah-tengah kota London. Ia menempatkan kedua-dua dewan Rakyat dan Pertuanan dalam Parlimen United Kingdom.

Bahagian tertua, Dewan Westminster, bertarikh pada 1097, tetapi kebanyakkan struktur sekarang dibina pada kurun ke-19, apabila istana ini dibina semula selepas hampir keseluruhan musnah oleh satu kebakaran pada tahun 1834. Istana ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO[1] bersama-sama dengan Gereja Westminster dan Gereja Santo Margaret.

Binaan

Binaan asas istana ini menggunakan suatu batu kapur magnesia Anston yang diperolehi dari suatu kuari sekitar Yorkshire Selatan dan Nottinghamshire.[2]

Sejarah

1834: kebakaran besar dan pembinaan semula

Pada 16 Oktober 1834, kerja-kerja pembersihan dilakukan di pendiang bawah Dewan Pertuanan di mana kayu-kayu hitung catatan perakaunan Perbendaharaan Diraja (Exchequer) negara tersebut dari seawal 6 abad lepas sehingga 1826 dibakar lupus. Pembakaran tersebut hilang kawalan sehingga merebak melalui serombong-serombong bawah dewan tersebut. Kebakaran ini berlangsung hampir sepanjang malam memusnahkan sebahagian besar istana termasuk tempat- tempat pertemuan Dewan Pertuanan, Dewan Rakyat serta kediaman-kediaman rasmi Speaker dan Kerani Dewan Rakyat.

Kerosakan hebat dibawa dari kebakaran tersebut tidak sahaja mendorong kepada saranan suatu badan pengarkiban berasingan hasil penggubalan Akta Catatan Awam 1838,[3] malah mencetuskan suatu pertandingan raya mereka bentuk istana baru tahun 1836; pertandingan ini dimenangi Charles Barry yang menggabungkan bangunan yang terselamat dalam suatu kompleks baru menerapkan suatu seni bina unik disebutkan sebagai Gothic Revival. Seni bina ini turut ditetapkan kepada bangunan-bangunan sama fungsi dalam United Kingdom.[4]

Abad ke-20: Perang-perang Dunia

Istana ini antara sasaran pengeboman dahsyat dilakukan rejim Jerman Nazi ke atas United Kingdom semasa Perang Dunia Kedua; kejadian paling besar berlaku pada malam 10–11 Mei 1941 di mana istana tersebut dibedil sebanyak 12 kali mengorbankan 3 orang kakitangan[5][6] serta menyebabkan kebakaran kepada Dewan Rakyat, bumbung Dewan Westminster[7] dan Lobi Anggota.[8]

Rujukan

  1. ^ "Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church". UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2015. Dicapai pada 20 April 2015.
  2. ^ "The Palace of Westminster" (PDF). House of Commons Information Office. May 2009. Dicapai pada 5 August 2010.
  3. ^ Shenton, Caroline (2012). The Day Parliament Burned Down. Oxford: Oxford University Press. m/s. 256–57. ISBN 978-0-19-964670-8.
  4. ^ Bradley, Simon; Pevsner, Nikolaus (2003). London 6: Westminster. New Haven, CT and London: Yale University Press. m/s. 214. ISBN 978-0-300-09595-1.
  5. ^ [1] Names on the Parliamentary War Memorial.
  6. ^ Fell and Mackenzie (1994), p. 27.
  7. ^ Field (2002), p. 259.
  8. ^ UK Parliament (29 July 2008). "Bombed House of Commons 1941". Flickr. Dicapai pada 5 August 2010.
  • Bradley, Simon, and Pevsner, Nikolaus. (2003). The Buildings of England: London 6: Westminster. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
  • Cooke, Sir Robert. (1987). The Palace of Westminster. London: Burton Skira.
  • Fell, Sir Bryan, and K. R. MacKenzie. The Houses of Parliament: A Guide to the Palace of Westminster. (1994). London: Her Majesty's Stationery Office.
  • Jones, Christopher. (1983). The Great Palace: The Story of Parliament. London: British Broadcasting Corporation.
  • Port, M. H. (1976). The Houses of Parliament. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
  • Riding, Christine, and Jacqueline Riding. (2000). "The Houses of Parliament: History Art Architecture." London: Merrell.

Pautan luar

  • Official website
  • Houses of Parliament visitor's guide
  • Palace of Westminster Square 360 Image (Java)
  • Houses of Parliament information and photography
  • "Rebuilding the Palace". UK Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
  • Westminster Hall Virtual Experience Diarkibkan 2008-08-01 di UK Web Archive
  • A Victorian Novel in Stone, Rosemary Hill, The Wall Street Journal, March 20, 2009
  • l
  • b
  • s
Evolusi

Londinium · Lundenwic · Bandar Raya London · Bandaraya Westminster · Wilayah London · London Raya

Kerajaan tempatan

Metropolitan Board of Works · Majlis County London · Majlis London Raya · Pihak berkuasa London Raya · Perhimpunan London · Datuk Bandar London

Peristiwa

Pemberontakan Pengemis · Maut Hitam · Wabak Besar · Kebakaran Besar · Great Stink · Pameran Besar · The Blitz · London Berayun · Pelan London · Letupan bom 7/7 · Sukan Olimpik (1908 • 1948 • 2012)

Struktur

Katedral St Paul · Menara London · Istana Whitehall · Dewan Westminster · Jambatan London · Westminster Abbey · Big Ben · Tugu peringatan

Bandaraya London

Perbadanan London · Tuan Datuk Bandar London · Guildhall · Syarikat Livery · Persembahan Tuan Datuk Bandar · Bank England

Perkhidmatan

Bow Street Runners · Khidmat Polis Metropolitan · Khidmat Ambulan London · Bomba London · Sistem pembetungan London

Kategori sejarah London