Ismail Kamus

Ustaz Dato' Haji

Ismail Kamus

DSSA (Selangor)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Gombak Setia
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehRakibah Abdul Manap
Digantikan olehYuszahari Mohd Yusoff
Butiran peribadi
Lahir2 Disember 1948
Kampung Batang Rening, Hulu Selangor, Selangor
Meninggal dunia8 Mei 2020(2020-05-08) (umur 71)
Ampang, Selangor
Sebab kematianSakit tua
IbuSiah Leman
BapaKamus Ahmad
Saudara
  • Majid Kamus
  • Karim Kamus
  • Musa Kamus
  • Ismail Kamus
  • Zainab Kamus
  • Syamsiah Kamus
  • Jais Kamus
  • Luai Kamus
  • Alwi Kamus
  • Muhammad Kamus
PekerjaanPendakwah bebas
Laman web rasmiDarussalam

Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Ustaz Ismail Kamus [Nota 1]
  1. ^ Fan page rasmi. Sumber untuk laman web: [1].

Ustaz Dato' Ismail Kamus (2 Disember 1948 – 8 Mei 2020; Jawi: استاذ داتوء اسماعيل كاموسcode: ms is deprecated )[2] ialah seorang pendakwah bebas Malaysia. Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei dan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat. Beliau juga berdakwah di Timur Tengah. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1999 hingga 2004.[3] Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Pendidikan

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Kerjaya

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Perubatan Islam

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menubuhkan syarikat perkhidmatan umrah dan haji, Datuk Ismail Kamus menumpukan sepenuh masa kepada rawatan Islam. Ustaz Ismail Kamus mempelajari perubatan Islam daripada Prof. Datuk Dr. Haron Din sekitar tahun 1979 dan mula mengubat pada tahun 1986.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas dan pakar pengamal perubatan Islam di Darussalam. Beliau juga sebagai penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2003 Diarkibkan 2014-01-11 di Wayback Machine.

Media

Ustaz Ismail Kamus juga sering kali keluar di stesen TV di rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Selain itu beliau juga tampil di rancangan-rancangan TV terpilih seperti di TV3 dan Astro Oasis. Perkembangan beliau juga boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Blog kelolaan peminat beliau. Ceramah beliau juga terdapat di dalam bentuk CD, VCD, MP3 dan menerusi laman Youtube.

Buku

Ustaz Ismail Kamus juga menulis beberapa buku ilmiah seperti berikut:

  • Ismail Kamus, Muhamad Shauqi Shabudin (Mac 2019). Panduan Khusyuk Dalam Solat. Telaga Biru. ISBN 9789673884476.
  • Ismail Kamus, Mohd. Zaki Zulkifli (2018). Solat Biar Sempurna. Karya Bestari. ISBN 9789678608725.
  • Ismail Kamus, Harun Arrasyid Hj Tuskan (2014). 75 Tokoh Yang Terpahat Dalam Lipatan Sejarah. Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd. ISBN 9789673085279.
  • Ismail Kamus (2013). Rahsia Al-Fatihah. Darul Nu'man. ISBN 9830463567.
  • Ismail Kamus (Julai 2011). Indahnya Sabar (Siri Panduan Hidup). Al-Baasith Resources. ISBN 9789675510250.[pautan mati kekal]
  • Ismail Kamus, Mohd Wahid Abd Hanif (Mac 2011). Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh: Doa, Jampi dan Amalan Dalam Perubatan Islam. Telaga Biru. ISBN 9789673880195.
  • Ismail Kamus (Mei 2010). Indahnya Amalan Doa. Telaga Biru. ISBN 9789675102660.
  • Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid (Mac 2009). Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar). Telaga Biru. ISBN 9789675102301.
  • Ismail Kamus, Mohammad Nidzam Abdul Kadir (September 2006). Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya... Telaga Biru. ISBN 9833494447.
  • Ismail Kamus (Julai 2006). Jin: Hakikat dan pengubatan. Telaga Biru. ISBN 9834070926.
  • Yusuf Al-Qaradawi, Ismail Kamus (Penterjemah) (1995). Keindahan Sabar. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
  • Ismail Kamus (1993). Amalan Harian Sepanjang Zaman. At Tafkir Enterprise. ISBN 9839990241.
  • Ismail Kamus (1993). Umrah dan ziarah: satu panduan. At Tafkir Enterprise. ISBN 9839990217.
  • Ismail Kamus (1993). Hidup bertaqwa. At Tafkir Enterprise. ISBN 9789839990201.
  • Ismail Kamus (1993). Panduan Fardhu 'Ain. At Tafkir Enterprise. ISBN 9839990225.
  • Ismail Kamus (1992). Soal jawab kemusykilan agama. Muafakat Enterprise.
  • Ismail Kamus (1990). Doa selepas sembahyang. Muafakat Enterprise.
  • Ismail Kamus (1989). Adab dan hikmah ziarah orang sakit; mati dan masalah sesudahnya. Muafakat Enterprise.
  • Ismail Kamus, Harun Arrasyid Hj Tuskan. Mereka yang Dijamin Syurga & Neraka. Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd. ISBN 9789673085255.

Anugerah dan penghargaan

Darjah Kebesaran

  •  Selangor
    • Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' (1996)

Anugerah

  •  Selangor
    • 2011 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor[4]

Kajian ilmiah

  • Phayilah Yama@Fadilah Zakaria, Ikmal Zaidi Hashim, Farhah Zaidar Mohamed Ramli (2017). Ketokohan dan Sumbangan Dato' Ismail Kamus dalam Bidang Perubatan Islam di Malaysia (PDF). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi.: Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Tokoh Maal Hijrah Selangor 2011

Pada 22 November 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor.Sumbangannya besar dalam menyebarkan syiar Islam .Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu. Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[4]

Politik

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menang. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau sekali lagi bertanding di DN yang sama, namun tewas. Beliau juga bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya yang sama, juga tewas. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Pilihan raya

Kerusi Yang Ditandingi oleh Ismail Kamus
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
1999 DUN Gombak Setia, Selangor Ismail Kamus (PAS) 11,821 Abdul Ghani Mohd Yatim (BN-UMNO) 10,868 76.06% 953
2004 Parlimen Hulu Selangor Ismail Kamus (PAS) 13,324 Palanivel a/l Govindasamy (BN-MIC) 27,807 72.77% 14,483
DUN Gombak Setia, Selangor Ismail Kamus (PAS) 9,778 Yuszahari Mohd Yusoff (BN-UMNO) 12,506 68.64% 2,728

Kesihatan dan meninggal dunia

Beliau dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April 2020 disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah. Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh dilaporkan berkata, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-paru beliau, sementara hasil ujian saringan COVID-19 yang dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Menurut Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 Mei 2020, pukul 12.30 tengah malam di kediamannya di Ampang, Selangor.[5]

Rujukan

  1. ^ "Fan Page Ismail Kamus". 29 Oktober 2013. Dicapai pada 10 Disember 2013.
  2. ^ Ustaz Ismail Kamus dijemput Ilahi 15 Ramadan, m star Dicapai pada 8 Mei 2020
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  4. ^ a b Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah Selangor
  5. ^ Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi, Dicapai pada 8 Mei 2020

Pautan luar