Gunung Janing

Gunung Janing
Titik tertinggi
Ketinggian655 m (2,149 ka)
Geografi
LokasiJohor, Malaysia


Gunung Janing berketinggian 2150 kaki dari paras laut dan Gunung ini terletak dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Untuk mendaki gunung ini perlu mendapatkan permit masuk daripada Pejabat Perbadanan Taman Negara Endau -Rompin di Pekan Kahang. Segala bayaran termasuk permit mendaki boleh di buat di situ. Seterusnya jalan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin (TNER) sejauh 60 km dari pekan Kahang. Jalan masuk keseluruhannya adalah off-road, dan perlu menaiki pacuan 4 roda.Taman Negara menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut untuk pengunjung, dengan kadar bayaran yang tertentu.

Setelah masuk ke TNER pengunjung atau pendaki akan dibawa terus ke Komplek Pelawat TNER untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan pemandu arah. Di TNER ialah tidak dibenarkan masuk ke mana-mana tanpa khidmat pemandu arah. Komplek Pelawat TNER sebenarnya terletak betul-betul di bawah kaki Gunung Janing

Trek Pendakian

Trek pendakian bermula dari Kawasan Plot Etnobotani iaitu kawasan yang menempatkan tanaman Herba ubat-ubatan.Pendakian ke puncak memakan masa 2 hingga 3 jam. 1 km pertama trek yang dilalui adalah landai dan agak mudah. Selepas 1 jam mendaki,akan sampai di satu kawasan batu dinding tetapi tidak begitu tinggi. Terdapat tali disediakan untuk pendaki memanjat ke atas. Di sebelah atas terdapat satu kawasan rata yang agak luas. Dari situ, pendaki boleh melihat Pemandangan Kampung Peta yang terletak antara kaki Gunung Janing dan Bukit Peta serta Sungai Endau.Setengah jam dari batu dinding yang pertama pendaki akan sampai di kawasan batu dinding yang kedua. Batu dinding ini agak tinggi dan menegak hingga 90 darjah. Pendaki akan mendaki melalui lereng-lereng batu dinding dan terdapat tali disediakan sepanjang laluan yang curam. Dari kawasan batu dinding yang kedua hingga ke puncak laluan adalah semakin curam. Apabila sampai di satu kawasan yang terdapat banyak batu-batu besar, bermakna puncak gunung sudah tidak jauh lagi, Selepas mendaki sebuah bukit yang sederhana curam pendaki akan sampai ke puncak yang sebenar.

Kawasan puncak ditumbuhi pokok-pokok tinggi, bagaimanapun terdapat satu tempat untuk melihat pemandangan. Dahulu puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut, tetapi beirut tersebut telah buruk dan roboh. Di atas puncak telah ditanda dengan sebuah Menara Walkie-Talkie kepunyaan TNER. Untuk melihat pemandangan yang lebih luas pendaki boleh memanjat menara tersebut tetapi terdapat risiko.Dari atas menara setinggi 70 kaki itu pendaki boleh melihat pemandangan saujana mata memandang, gunung-ganang, air terjun, sungai serta hutan rimba Endau -Rompin boleh di lihat dengan jelas.

Pautan Luar

http://www.naturemalaysia.com/taman-negara-endau-rompin.htm [Gunung Janing]

  • l
  • b
  • s
Johor Darul Ta'zim ‏جوهر دار التعظيم
Topik
  • Sejarah
    • Kesultanan Johor-Riau
    • Orang Melayu
  • Sultan
  • Darjah kebesaran
  • Kerajaan Negeri
  • Budaya
Istana
  • Istana Besar
  • Istana Bukit Serene
  • Istana Pasir Pelangi
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup