George Gershwin

George Gershwin pada tahun 1937

George Gershwin (AFA: /ˈɡɜːrʃ.wɪn/) merupakan seorang penggubah dan pemain piano dari Amerika pada era abad ke-20, dan gubahannya merangkumi genre muzik pop dan klasikal.[1]

George berketurunan Yahudi Ukrain dan Yahudi Lithuania. George dipengaruhi penggubah Perancis awal kurun ke-20. Pada permulaan kerjayaannya, dengan nama sendiri dan nama samarannya, George merakam lebih daripada 140 gulung piano automatik yang merupakan sumber utama pendapatannya. Antara jenis gubahannya ialah: orkestra, piano solo, opera, persembahan Broadway dan skor filem asli. George meninggal dunia tanpa wasiat, dan rumah ladangnya diberikan kepada ibunya.

Swanee

Rakaman Al Jolson yang paling hangat pada tahun 1920 yang menyertakan lagu Swanee oleh George Gershwin dan Irving Caesar pada tahun 1919.

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Rujukan

  1. ^ "George Gershwin, Composer, is Dead; Master of Jazz Succumbs in Hollywood at 38 After Operation for Brain Tumor". The New York Times. Dicapai pada July 29, 2018.