Edvard Munch

Edvard Munch
Foto tangkapan Anders Beer Wilse, 1921
Kelahiran(1863-12-12)12 Disember 1863
Ådalsbruk, Løten, Norway
Meninggal dunia23 Januari 1944(1944-01-23) (umur 80)
Oslo, Norway
WarganegaraNorway
Terkenal keranaCat dan seni grafik
Gerakan politikEkspresionisme, SImbolisme

Edvard Munch [ˈɛ̀dvɑʈ ˈmʊŋk (bantuan·info), éd.vart mungk], (12 Disember 1863 – 23 Januari 1944) merupakan seorang pelukis dari Norway. Beliau paling dikenali dengan salah satu lukisannya, Der Schrei der Natur.

Biografi

Awal hidup

Edvard Munch lahir di sebuah rumah ladang di Ådalsbruk, Løten, Norway; beliau anak kedua lima adik-beradik kepada Laura Catherine Bjølstad dan Christian Munch, anak seorang paderi yang bekerja sebagai doktor. Keluarga sebelah bapanya mempunyai seberapa orang terkenal - seorang bapa saudaranya Jacob pelukis manakala seorang lagi, Peter Andreas Munch, sejarawan terkenal atas kerjanya mentafsir saga menceritakan salasilah dan sejarah tamadun Viking.[1]

Keluarga Munch berpindah ke kota Christiania (kini Oslo) pada tahun 1864 apabila ayah Munch dipindahkan kerjanya dalam markas tentera sana. Ibunya meninggal dunia akibat batuk kering tahun 1868;[2] dia dan adik-beradiknya dibesarkan bapanya dan seorang ibu saudara mereka Karen. Edvard sering dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik sampai mengurung diri daripada bersekolah, ayahnyalah yang mengajarnya sejarah dan sastera.[3] Sambil ini juga, Edvard melukis-lukis untuk mengisi kelapangan masanya dalam rumah.

Kerjaya seni

Senja hidup

Karya-karya Munch sendiri ditempelak rejim Nazi di Jerman bersama seniman-seniman semasanya seperti Pablo Picasso, Paul Klee, Henri Matisse, Paul Gauguin sebagai "seni hina" (Entartete Kunst) yang dilihat Adolf Hitler sebagai "gasar", "kuno" dan "primitif".[4] Sebanyak 82 buah karya Munch dikeluarkan daripada muzium-muzium serata Jerman,[5] namun banyak ada yang berjaya dibelikan semula dan disorokkan.[6]

Munch meninggal dunia berhampiran Oslo pada 23 Januari 1944 sebulan selepas hari jadinya ke-80, pihak Nazi mengambil kesempatan mempergunakan kematian ini dengan mengadakan pengebumian hebat untuknya sebagai penunjukkan kuasa sehingga ada dalam kalangan warga Norway menyangka Munch menyokong pihak Nazi.[7]

Estet Munch dibeli pemerintah kota Oslo tahun 1946,[8] karya-karya Munch yang terselamat pula diamanahkan kepada kota tersebut lalu ditempatkan dalam muzium khas yang dibina tahun 1963 di Tøyen: muzium ini selaku estet tunggal rasminya[9] mempamerkan kira-kira 1,100 buah lukisan, 4,500 buah lakaran dan 18,000 buah cetakan dihasilkan beliau.[9]

Gaya seni

Pengkaryaan beliau sangat dipengaruhi pengalaman ngeri yang dirasakan semasa hayatnya seperti kematian-kematian ibu dan seorang adik kesayangannya (Johanne Sophie pada 1877) akibat penyakit kering;[2] kisah-kisah seram nukilan Edgar Allan Poe diceritakan bapanya sebagai hiburan sekeluarga turut melekat dalam jiwa Munch yang merasakan ajal sangat mendekatinya selalu.[10][11]

Galeri

Rujukan

  1. ^ Eggum 1984, halaman 15
  2. ^ a b Eggum 1984, halaman 16
  3. ^ Prideaux 2005, halaman 17
  4. ^ Prideaux 2005, halaman 313
  5. ^ Eggum 1984, halaman 287
  6. ^ Prideaux 2005, halaman 319
  7. ^ Prideaux 2005, halaman 328
  8. ^ Altern 1961, m/s. 5–19.
  9. ^ a b "The Museum and the collection". Munch Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2012. Dicapai pada 6 Mei 2012.
  10. ^ Prideaux 2005, halaman 17
  11. ^ Prideaux 2005, halaman 19
Sumber utama
  • Altern, Arne (1961). "Tanker omkring et nedrevet hus". St. Hallvard 1961.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eggum, Arne (1984). Munch, Edvard (penyunting). Edvard Munch: Paintings, Sketches, and Studies. New York, NY: C.N. Potter. m/s. 305. ISBN 0-517-55617-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Prideaux, Sue (2005). Edvard Munch: Behind the Scream. New Haven, CT: Yale University Press. ISBN 978-0-300-12401-9.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut

  • Heller, Reinhold, penyunting (1984). Munch: His Life and Work. London: Murray. ISBN 0-7195-4116-6.
  • Schiefler, Gustav (1907). Verzeichnis des Graphischen Werks Edvard Munchs bis 1906 (dalam bahasa Jerman). Berlin: B. Cassirer. OCLC 39789318.
  • Schiefler, Gustav (1927). Das Graphische Werk von Edvard Munch: 1906–1926 (dalam bahasa Jerman). Berlin: Euphorion Verlag. OCLC 638113186.
  • Woll, Gerd (2009). Edvard Munch: Complete Paintings: Catalogue Raisonné. 4. London: Thames & Hudson. ISBN 0-500-09345-8.

Pautan luar