Air Itam, Pulau Pinang

Koordinat: 5°24′22″N 100°17′47″E / 5.40611°N 100.29639°E / 5.40611; 100.29639

Bandar Ayer Itam
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
DaerahDaerah Timur Laut
MukimBandar Ayer Itam
KeluasanN/A

Air Itam atau Ayer Itam merupakan bandar popular di Pulau Pinang, Malaysia. Kawasan Air Itam meliputi Bukit Bendera, Jalan Thean Teik, Jalan Padang Tembak (Boundary Rd.), Jalan Kampung Pisang, Kampung Melayu, Paya Terubong, Dhoby Ghaut dan Farlim. Air Itam merupakan kawasan kediaman dan juga kawasan komersial perniagaan. Kini, populasi penduduk di Air Itam pun semakin meningkat. Papan jalan Pusat Bandar Air Itam ada diwujud di Pulau Pinang selepas Gelugor.

Antara tempat pelancongan yang terkenal ialah Bukit Bendera (Penang Hill) yang telah dibuka semula pada tahun 2011 setelah menjalani beberapa siri menaiktaraf untuk keselesaan pelancong. Suhu yang dingin di puncak dan pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh negeri dari atas puncak bukit.

Masjid Negeri Pulau Pinang dan Kuil Buddha terbesar iaitu Kek Lok Si atau Pagoda terletak tidak jauh daripada lingkungan bandar ini. Mungkin ramai yang tidak mengetahui di pagoda terdapat bazaar jualan berasaskan konsep tawar-menawar untuk mendapatkan harga berpatutan. Bandar Baru seperti di Farlim menempatkan beberapa cawangan bank tempatan , cawangan pejabat kerajaan dan swasta, pusat jualan dan servis, restoran, farmasi dan cyber cafe. Beberapa Pasaraya seperti Sunshine, Econsave, dan Billion bertempat di sini. Sunshine Farlim Hypermarket akan berpindah ke Sunshine Tower yang sedang dibina bersebelahan pusat membeli belah sementara Sunshine sekarang (dijangka siap tahun 2011). Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut dan cawangan TM Point terletak di Bandar Baru Farlim. Restoran Mc'Donalds yang terdekat terletak di Farlim Paya Terubong.

Empangan Air Itam turut terletak di sini dekat Kuil Kek Lok Si.

Empangan Air Itam

Empangan Air Itam atau Air Itam Dam merupakan tempat rekreasi selain kawasan tadahan air yang terletak di sini. Empangan yang luas membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah di pagi dan petang. Pintu gerbang kuil budhha terbesar terletak berdekatan jalan utama menuju ke Empangan.

Terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah jenis kebangsaan terletak di Air Itam. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling, Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sekolah Kebangsaan Ayer Itam, Sekolah Kebangsaan Sri Indah.

Populasi penduduk di Air Itam majoritinya ialah kaum Cina, diikuti Melayu, India dan lain lain. Perjalanan dari Bandar Air Itam ke Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit dan 30 minit dengan menaiki bas awam, Rapid Penang. Disebabkan lokasi Air Itam berada di tengah, jadi tidak menjadi masalah untuk penduduk bergerak ke bandar utama Georgetown dengan menggunakan satu jalan sehala sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam.

Manakala untuk liputan talian mudah alih 2G, 3G, 4G, di bandar Air Itam agak baik. Sambungan internet 4G melalui paket data telefon bimbit/pintar menujukkan 3 ke 4 signal bar. Perkhidmatan Streamyx juga tersedia dengan kelajuan maksimum 4Mbps (kelajuan terbaru Streamyx: 8Mbps), manakala kawasan tertentu Desa Permata cuma dapat 1Mbps. Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM, UniFi tersedia di Pulau Pinang, tetapi untuk bandar Air Itam, cuma terdapat di banguan tinggi di GL Garden, Melody Homes, All Seasons Place, Asia Heights, BL Avenue, Jalan Lahat, sejak lewat 2013.

Lihat juga

  • Ayer Hitam, Johor
  • Ayer Itam, Perak

Pautan luar

  • Air Itam, Penang Diarkibkan 2013-10-05 di Wayback Machine Penang State Tourism Development & Culture
  • l
  • b
  • s
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori