Aepul Roza

Aepul Roza
ايبول روزا
Aepul pada tahun 2015
Kelahiran
Noor Syaiful bin Mohd Zalaludin

(1988-04-19) 19 April 1988 (umur 36)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainEpul My Starz LG, Aepul Drama Band
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, pelakon
Tahun aktif2009–kini
PasanganLeez Rosli (k. 2015)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop Rock
  • Indie
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
MVM Production
Pengkarya berkait
  • Drama Band
  • Mimie Haris
  • Leez Rosli
  • Aweera
  • Fiq Halim

Noor Syaiful bin Mohd Zalaludin (lahir 19 April 1988) atau lebih dikenali sebagai Aepul Roza adalah merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Bakat nyanyiannya mulai dikenali setelah beliau menyertai My Starz LG musim ketiga pada tahun 2009. Beliau juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Leez Rosli yang juga merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 4.

Kehidupan peribadi

Aepul menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Leez Rosli pada Disember 2014 setelah hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta. [1] Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka kemudian dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Saffiya Alisha yang dilahirkan pada 2016.

Kerjaya

My Starz LG musim 3

Pada awal 2009 Aepul telah menghadiri ujibakat My Starz LG musim ketiga. Beliau tersenarai diantara 10 orang peserta akhir yang dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut. Namun malangnya beliau tersingkir di konsert separuh akhir apabila undian SMS yang tidak menyebelahi beliau ketika itu. Berikut aalah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut;

Konsert Lagu Keputusan
Pengenalan "Sampai Syurga" nyanyian Faizal Tahir -
Minggu 3 "Dan Sebenarnya" nyanyian Yuna Ke-2
Minggu 5 "Khatimah Cinta" nyanyian 6ixth Sense Ke-2
"Umbrella" nyanyian Rihanna
(duet bersama Dia Fadila)
Ke-2
Minggu 7 "Bencinta" nyanyian Faizal Tahir Pertama
Minggu 8 "Asmara" nyanyian Anneke Gronloh Pertama
Minggu 9 "Berhenti Berharap" nyanyian Sheila on 7 Ke-3
Minggu 10
(Separuh Akhir)
"21 Guns" nyanyian Green Day Tersingkir

Diskografi

Single solo

Tahun Lagu OST
2018 "Seharusnya" OST Drama Bahagia Bukan Bidaan
"Dusta" OST Drama Semerah Cinta Humairah
2019 "Mencintaimu" OST Drama Asalkan Dia Bahagia
2020 "Hanya Kamu" OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Single Kolaborasi

Tahun Lagu Kolaborasi bersama Album/Single
2017 "Selamatkan Aku" Aweera & Fiq Halim Single
2018 "Kenyalang I'm in Love" Mimie Haris OST Kenyalang I'm In Love
2020 "Entah Apa" Sarah Suhairi OST Ryan Aralyn & Hatimu Sedingin Salju
2022 "Bunga Angkasa" Sharul Kamal Single
2022 "Tiara" Fiq Halim Single

Single (bersama Drama Band)

Tahun Lagu Album/Single
2011 "Babak Pertama" OST Drama Juvana
2012 "Cerita Dia" Single
2014 "Jiwa"
2015 "Biarkanlah"
2016 "Mencinta Kamu" OST Drama Nahu Rindu,
OST Drama Urusan Hati Cik Drama Queen
2019 "Drama" Single
"Satu Satu" (ft. AG Coco

Filemografi

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Geng Van Jenazah Leman Kubis TV3
7 Netizen Nabil Astro Citra
2022 Acah Acah Haji Hajjah Mubin TV Okey

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2024 The Hardest Singing Show Peserta Astro Ria

Rujukan

  1. ^ Georgie Joseph Persandingan indah Aepul-Leez[pautan mati kekal] Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2018.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Lokasi
Negeri dan wilayah
Acara
Tindak balas
Dasar
Tokoh
Kerajaan
Penyelidik
Dijangkiti
Institusi
Kerajaan
Pusat kawalan penyakit
Hospital dan pusat rawatan
Pertubuhan
Syarikat
Pertubuhan bukan kerajaan
Isu dan kesan
Budaya masyhur
Filem
Televisyen
Muzik