Abad ke-31

Milenium: milenium ke-4
Abad:
  • abad ke-30
  • abad ke-31
  • abad ke-32
Garis masa:
  • abad ke-30
  • abad ke-31
  • abad ke-32
Ketua negara:
  • abad ke-30
  • abad ke-31
  • abad ke-32
Dekad:
  • 3000-an
  • 3010-an
  • 3020-an
  • 3030-an
  • 3040-an
  • 3050-an
  • 3060-an
  • 3070-an
  • 3080-an
  • 3090-an


Abad ke-31 merangkumi tahun-tahun dari 3001 sehingga 3100 dalam kalendar Gregory.


Peristiwa astronomi

  • 18 Disember 3089: Transit Venus

Fiksyen

  • Para pengawal Galaksi dalam Komik Marvel yang muncul buat pertama kali pada Januari 1969 giat semula pada abad ke-31.
  • Ulysses 31, siri kartun Jepun-Perancis, mengubah urutan peristiwa-peristiwa Odyssey  ke abad ke-31.
  • Siri televisyen Futurama yang sebahagian besarnya dilatar pada tahun-tahun awal abad ke-31 (3000–3007). Dalam siri ini, ketua Richard M. Nixon memenangi pilihan raya planet pada tahun 3000 dan menjadi presiden Bumi (untuk perincian, sila lihat Futurama.)
  • 3001: Pengembaraan Terakhir, novel terakhir Arthur C. Clarke dalam siri Pengembaraan Angkasa Lepas, berlaku pada tahun 3001.
  • "Preludio para el año 3001" ialah tango Ástor Piazzolla, dengan lirik oleh Horacio Ferrer.
  • Unit pertempuran prototaip dari masa hadapan, M.E.G.A.S. (dari siri animasi Megas XLR ), dan Kiva, pemiliknya yang dahulu, berasal dari abad ini.
  • Star Trek: Enterprise, salah satu puak yang terlibat dalam Perang Dingin Duniawi berasal dari abad ke-31. Dalam episod "Shockwave", Kapten Jonathan Archer diangkut ke abad ke-31 buat tempoh yang singkat dalam sebuah garis masa alternatif yang memperlihatkan Persekutuan Planet Bersatu tidak pernah ditubuhkan. Menurut Enterprise, perjalanan masa telah menjadi suatu kaedah penjelajahan yang biasa menjelang saat itu.
  • Judul-judul Legion Super-Heroes dalam Komik DC dilatar seribu tahun selepas "hari ini" dan dengan itu, bermaksud bahawa cerita-ceritanya yang lebih terkini dilatar pada abad ke-31.
  • Del Tha Funkee Homosapien, Dan si Automator, dan Kid Koala mengeluarkan album hip-hop konsep tinggi, Deltron 3030, sebuah cerita tentang kemusnahan korporat serta kehilangan cinta di dalam alam semesta abad ke-31 selepas hari kiamat.
  • Dalam Biomega, siri manga yang ditulis oleh Tsutomu Nihei, 3005 ialah tahun permulaan cerita ketika manusia berjaya mendarat di Marikh.
  • Webkomik Askar upahan Schlock  pada keseluruhannya dilatar pada awal abad ke-31, mungkin mulai dari tahun 3000 dan berlangsung sehingga tahun 3006. Pengenalan perjalanan masa yang baru-baru ini kepada jalan cerita sudah tentu boleh mengubah pengaturan masa tersebut.
  • Menurut lagu "What Would Brian Boitano Do" daripada South Park: Bigger, Longer & Uncut, Brian Boitano membuat perjalanan merentasi masa ke tahun 3010, dan melawan raja robot yang jahat serta menyelamatkan semua bangsa manusia.
  • Semua "peristiwa terkini" dalam garis masa BattleTech Klasik berlaku pada abad ke-31.
  • Pertunjukan TV "Roket Robin Hood" berlaku pada tahun 3001 dan menceritakan pengembaraan Roket Robin Hood, keturunan Robin Hood, serta Merry Men yang lain yang membuat perjalanan dengan menggunakan Asteroid Sherwood berkuasa roket.
  • Dalam novel Star Split, Darci, watak utamanya, tinggal pada tahun 3038.
  • "Kemenangan", video muzik 1998 oleh Puff Daddy (yang menonjolkan Notorious B.I.G. & Busta Rhymes) berlaku pada tahun 3002, dan menceritakan pengembaraan seorang 'pelari' daripada Orde Dunia Baru.
  • Pahlawan-pahlawan daripada Pasukan Masa Power Rangers dalam siri Power Rangers berasal dari tahun 3000.
  • Dalam filem kartun Akademi Lazer Tag, Jamie Jaryn membuat perjalanan dari tahun 1987 ke tahun 3010 untuk menyelamatkan nenek moyangnya daripada Draxon Dreer.
  • Dalam episod 'Goobacks' bagi Taman Selatan (South Park ), mesin masa direka pada tahun 3045. Ketika itu, semua manusia botak; mempunyai kulit yang jingga pucat warnanya; mengamalkan kebudayaan Amerika Latin; serta menuturkan bahasa 'Futurespeak' yang merupakan campuran semua bahasa di dunia. Pada tahun 3045 itu, kadar inflasi terlalu tinggi sehingga orang-orang terpaksa membuat perjalanan balik ke tahun 2005 untuk mencari rezeki dan melabur wang mereka di dalam bank untuk mengumpulkan faedah supaya dapat menyarakan keluarga mereka pada masa hadapan. Perhatikan bahawa perjalanan masanya menepati peraturan 'Terminator' dan bukan peraturan 'Balik ke Masa Hadapan'.
  • Chibiusa dari siri Sailor Moon dilahirkan, dan Kristal Tokyo dibina.
  • 3059, sebuah permainan komputer peribadi yang diilhami oleh permainanan video Rogue, berlaku pada tahun judulnya di planet Esperenza.


2990-an 2990 2991 2992 2993 2994 2995 2996 2997 2998 2999
3000-an 3000 3001 3002 3003 3004 3005 3006 3007 3008 3009
3010-an 3010 3011 3012 3013 3014 3015 3016 3017 3018 3019
3020-an 3020 3021 3022 3023 3024 3025 3026 3027 3028 3029
3030-an 3030 3031 3032 3033 3034 3035 3036 3037 3038 3039
3040-an 3040 3041 3042 3043 3044 3045 3046 3047 3048 3049
3050-an 3050 3051 3052 3053 3054 3055 3056 3057 3058 3059
3060-an 3060 3061 3062 3063 3064 3065 3066 3067 3068 3069
3070-an 3070 3071 3072 3073 3074 3075 3076 3077 3078 3079
3080-an 3080 3081 3082 3083 3084 3085 3086 3087 3088 3089
3090-an 3090 3091 3092 3093 3094 3095 3096 3097 3098 3099
3100-an 3100 3101 3102 3103 3104 3105 3106 3107 3108 3109